Page 101 - MODUL PP PENGGAL 2
P. 101
MODUL PENGAJIAN PERNIAGAAN 946
Berakal Sempurna (Seksyen 11(1),(2),(3))
Bermaksud seseorang yang berkontrak hendaklah berfikiran waras serta dapat memahami terma
dan syarat kontrak atau berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan
membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya.
Contoh : Seorang yang siuman, yang meracau kerana demam, atau yang begitu mabuk hingga ia
tidak dapat memahami syarat-syarat suatu kontrak atau tidak dapat membuat pertimbangan yang
rasional terhadap kesan kepentingannya, tidak boleh membuat kontrak selama tempoh racun atau
kemabukan itu. (Seksyen 12 (3)(b)
Tidak hilang kelayakan berkontrak.
Seseorang mestilah tiada halangan atau tiada mana-mana undang-undang yang melarangnya atau
tiada tertakluk mana-mana undang-undang ke atasnya untuk berkontrak.
Contoh : Seorang banduan tidak boleh berkontrak.
c) Menerangkan syarat- 1. Kontrak Sah
syarat kontrak ;
termasuklah kontrak Kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan memenuhi eleman utama kontrak iaitu
sah, kontrak tidak tawaran atau cadangan, penerimaan, balasan, niat , ketentuan dan juga keupayaan untuk berkontrak
sah, kontrak batal,
pelepasan kontrak, 2. Kontrak Batal (Void Contract)
dan remedi Menurut Seksyen 2 (g), satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari awal lagi dan tidak boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh diwujudkan.
Sebab-sebab batal (Seksyen 24)
Dilarang undang-undang kerana tujuan kontrak yang melanggar dan bertentangan dengan undang-
undang
Contoh: kontrak perjudian dan pembunuhan
MUKA SURAT 240

