Page 33 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 33
Pemejalwapan ialah proses perubahan pepejal seperti salji dan ais kepada wap air (gas) ke
udara dan ia berlaku tanpa melalui proses pencairan kepada bentuk cecair.
Pintasan ialah halangan oleh kanopi tumbuhan seperti ranting, dahan, daun atau binaan
manusia seperti bumbung, jambatan, objek besar kereta terhadap air hujan sebelum jatuh di
permukaan bumi.
(b) Bincangkan enam proses dalam kitaran hidrologi yang terjejas akibat aktiviti
manusia. [13]
Rangka Jawapan
i. Sejatan – pembinaaan tali air, kolam ikan kuakultur meningkatkan proses sejatan.
ii. Aliran batang – penanaman semula tanaman untuk aktiviti pertanian menyebabkan
aliran batang meningkat
iii. Perpeluhan – Aktiviti pembalakan , penyahutanan menyebabkan kadar perpeluhan
berkurangan
iv. Resapan – Aktiviti penurapan jalan raya menyebabkan kadar resapan berkurangan.
– Aktiviti pembajakan tanah dalam aktiviti pertanian akan menyebabkan resapan
meningkat
– Penanaman semula tanaman untuk aktiviti pertanian menyebabkan resapan
meningkat
v. Larian air permukaan – Aktiviti pembalakan dan penyahutanan menyebabkan larian
air permukaan meningkat.
vi. Pintasan – Aktiviti pelancongan , binaan hotel menyebabkan proses pintasan
berkurangan.
vii. Kesimpulan
Cadangan Jawapan
Proses sejatan akan meningkat akibat daripada pembinaaan tali air, kolam ikan akuakultur.
Penambahan dan peningkatan binaan badan air buatan ini meyebabkan berlaku peningkatan
kadar sejatan. Ia berlaku secara berkadar terus.
Proses aliran batang meningkat sesuai dengan adanya penanaman semula tanaman seperti
kelapa sawit dan getah dalam aktiviti pertanian. Pertumbuhan pokok yang banyak di kawasan
ladang akan meningkatkan proses aliran batang ketika hujan turun.
33

