Page 32 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 32

11.   (a) Huraikan enam proses menegak dalam kitaran hidrologi.  [12]

               Rangka Jawapan
                   i.   Sejatan - proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air.
                   ii.  Sejatpeluhan -  kehilangan air daripada tumbuhan dalam bentuk wap air akibat
                        bahang matahari.
                   iii.  Kerpasan- titisan air yang jatuh kepermukaan bumi dalam bentuk cecair dan pepejal.
                   iv.  Aliran batang – air yang mengalir mengikut dahan, batang dan daun   sebelum jatuh
                        ke permukaan tanah.
                   v.  Resapan  – Pergerakan  air hujan  melalui liang pori tanah   secara menegak.
                   vi.  Pemeluwapan  - proses penukaran wap air  kepada titisan air .
                   vii.  Pemejalwapan – proses perubahan salji dan ais  (pepejal ) kepada wap air (gas).
                   viii. Pintasan – halangan oleh  ranting tumbuhan atau binaan manusia  terhadap air hujan
                        sebelum jatuh di  permukaan bumi.
                   ix.  Perpeluhan – proses pembebasan atau kehilangan  air melalui liang stoma daun ,
                        dahan dan batang serta liang peluh hidupan liar.


               Cadangan Jawapan


               Sejatan ialah  proses penukaran air seperti di kawasan tasik, tasik, sungai kolam dan laut

               daripada bentuk cecair kepada bentuk gas iaitu wap air.


               Sejat peluhan ialah proses  kehilangan air  atau proses pembebasan wap air daripada

               tumbuhan melalui liang stoma daun, dari dahan pokok  dalam bentuk wap air akibat bahang
               matahari  tinggi .


               Kerpasan merujuk kepada semua bentuk air hasil proses pemeluwapan  yang jatuh

               kepermukaan bumi dalam bentuk cecair seperti hujan , gerimis atau  pepejal seperti salji,

               hujan beku, hujan batu .


               Aliran batang ialah air hujan yang mengalir  atau meleleh mengikut dahan , batang pokok
               dan daun  sebelum sampai  ke permukaan tanah. (bukan terus menitis ke permukaan tanah)



               Resapan  merujuk kepada pergerakan  air hujan  masuk ke dalam tanah melalui liang pori
               tanah dengan bantuan akar pokok secara menegak.


               Pemeluwapan  bermaksud proses penukaran wap air  kepada titisan air apabila  jisim udara

               mencapai  takat embun serta berlaku proses penyejukan adiabatik.



                                                                                                       32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37