Page 34 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 34

Proses  perpeluhan    semakin  berkurangan  apabila  aktiviti  pembalakan  yang  melampau  dan

               aktiviti penyahutanan untuk meneroka kawasan baru. Kadar perpeluhan semakin berkurangan
               kerana kawasan tersebut telah kehilangan tumbuhan dan haiwan liar yang menjadi nadi utama

               melakukan  proses perpeluhan.


               Proses resapan semakin menurun apabila berlaku pembinaan  infrastruktur  seperti  aktiviti

               tarahan bukit untuk membina lebuhraya  dan jalanraya merentasi kawasan tanah tunggi atau
               kawasan  yang  berbukit-bukau.  Aktiviti  membina  lebuhraya  dan  jalanraya  menyebabkan

               banyak  pokok  ditebang  dan  dimusnahkan  yang  boleh  meningkatkan  kadar  larian  air
               permukaan.



               Proses  larian  air  permukaan  akan  meningkat  hasil  aktiviti  pembalakan  ,  pertanian      dan
               pembinaan infrastruktur  . Aktiviti pembalakan, pembukaan kawasan pertanian yang baru ,

               pembinan jalanraya dan lebuhraya memerlukan pokok ditebang. Apabila pokok di tebang, ini
               akan meningkatkan kadar larian air permukaan di kawasan tersebut.


               Proses  pintasan  akan semakin menurun hasil daripada berlakunya aktiviti pelancongan  iaitu

               binaan hotel. Penebangan pokok yang banyak  untuk membina hotel, padang golf dan chalet

               menyebabkan proses pintasan semakin berkurangan.


               Kesimpulannya  aktiviti manusia memang menjejaskan proses dalam  kitaran hidrologi. Oleh
               itu pihak berkuasa dan masyarakat  perlu mengamalkan pembangunan lestari samada di bandar

               atau di desa . Ini dapat memelihara dan memulihara  alam sekitar untuk generasi akan datang.




















                                                                                                       34
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39