Page 35 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 35

12.    (a)  Sejauhmanakah faktor geologi mempengaruhi kadar resapan air ke dalam tanah
                              di sesebuah kawasan?                                                        [13]

               Rangka Jawapan
                   Faktor geologi
                     i.   Kekerasan batuan
                     ii.   Keporosan dan ketelapan
                    iii.   Rekahan batuan
                    iv.   Struktur dan tekstur batuan
                     v.   Komposisi batuan
                    vi.   Lembapan tanah

                   Faktor Lain
                   vii.   Hujan
                   viii.   Litupan tumbuhan
                    ix.   Kecerunan
                     x.   Pertanian
                    xi.   Pembalakan
                   xii.   Pembinaan
                   xiii.      Penegasan


               Cadangan Jawapan



               Batuan keras seperti batu granit amat sukar mengalami larus resap kerana terbentuk daripada

               mineral  yang  teguh  dan  stabil.  Manakala  batuan  yang  lembut  seperti  batu  kapur  mudah
               bertindak balas dengan air kerana terbentuk daripada mineral kalsium karbonat yang lemah.

               Hal ini menyebabkan kawasan batu kapur mengalami resapan yang tinggi berbanding dengan
               kawasan yang berbatu granit.



               Batuan yang mempunyai liang pori yang banyak dan besar amat poros dan mengalami kadar
               resapan yang tinggi seperti batu pasir. Manakala tanah liat mempunyai liang pori yang halus

               menyebabkan kadar resapan yang perlahan.


               Saiz dan kepadatan rekahan sangat mempengaruhi kadar resapan. Batuan yang banyak rekahan

               seperti batu kapur dan dolomit mengalami kadar resapan yang tinggi berbanding dengan batuan
               yang amat sedikit rekahan seperti batu marmar dan batuan metamorfik.


               Batuan enapan yang berbentuk secara berlapis-lapis dan susunannya secara menegak mudah

               mengalami  resapan  berbanding  dengan  batuan  enapan  yang  mempunyai  susunan  secara
               mendatar. Susunan jenis ini menyebabkan resapan  menjadi rendah. Tekstur batuan kasar,


                                                                                                       35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40