Page 77 - MODUL GEOGRAFI SEMESTER 2
P. 77
Peluasan pasaran berlaku contohnya negara yang penduduknys sikit berpeluang memasarkan
produk mereka untuk menembusi negara maju dan pasaran antarabangsa yang mempunyai
kuasa beli yang tinggi . Ini akan meningkatkan barangan yang dieksport ke negara maju yang
penduduknya berpendapatan tinggi.
Berlaku pemindahan teknologi dimana kemasukan teknologi dan kepakaran moden dari negara
maju seperti Jepun, USA, Britain telah memajukan industri negara membangun Pemindahan
teknologi berlaku dari negara maju seperti Jepun ke negara membangun seperti Malaysia
telah menerima pelbagai kepakaran melalui latihan dan usahasama dalam bidang automotif .
Ini dapat meningkatkan kepakaran anak tempatan dalam pelbagai bidang automotif di
Malaysia.
Aliran buruh menjadi mudah apabila kemasukan buruh mahir dari negara maju ke negara
miskin telah menggalakan pertumbuhan ekonomi negara miskin.Begitu juga negara yang
menpunyai lebihan penduduk dapat membantu mengisi kekosongan negara yang kekurangan
buruh . Ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara yang mempunyai lebihan
penduduk.
Mengalakkan persaingan antara negara-negara. Mereka berlumba- lumba untuk menghasilkan
produk barangan serta perkhidmtan yang bermutu dan terbaik supaya boleh memasarkan
produk mereka ke pasaran global . Negara yang menghasilkan produk barangan yang kurang
kos akan berjaya menguasai pasaran global.
Peningkatan kualiti produk berlaku apabila negara- negara bersaing dalam pasaran global
menyebabkan kualiti barangan setiap negara semakin meningkat . Negara yang mengeluarkan
produk yang berkualiti dengan kos yang rendah mendapat sambutan di pasaran global. Banyak
negara- negara telah menubuhkan R & D untuk meningkatkan pengeluaran produk barangan
mereka.
Kesimpulannya banyak kesan positif apabila berlaku globalisasi ekonomi kepada sesebuah
negara. Oleh itu sebagai warganegara dan komuniti masyarakat, kita perlu berusaha
bersungguh-sunguh untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti dalam sektor
masing- masing dengan segera. Kemakmuran dan kesejahteraan negara serta rakyat dapat
dicapai sekiranya berlaku peningkatan yang pesat dalam aktiviti ekonomi dalam negara.
77

