Page 24 - tmp
P. 24
11.4 Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar
dalam bidang kepimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah
dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah,
bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya. Perkara ini memerlukan
kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School
With Character’ ).
11.5 Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan
dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.
11.6 Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini
berlaku kepada pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang
berat.
12.0 TATATERTIB
12.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi di kalangan pelajar semasa di dalam atau
di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru.
12.2 Guru janganlah takut memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya
ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
12.3 Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-pelajar yang kerap kali
tidak mengikut arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajarannya.
13.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
13.1 Ketua Panitia pelajaran bagi mata pelajaran Sains dan PJK serta Ketua Bengkel dengan
kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah mempamerkan di
bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang
mesti dipatuhi oleh semua pelajar.
13.2 Guru hendaklah mengawasi pelajar semasa :
13.2.1 Mengambil peralatan sukan dan permainan
13.2.2 Melatih sukan dan permainan di padang
13.2.3 Menjalankan kerja-kerja amali / pratikal
13.2.4 Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan
13.2.5 Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan di pintu
masuk bengkel, makmal dan seumpamanya.
13.2.6 Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di
sekolah.
14.0 KEHADIRAN KE KELAS
14.1 Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke kelas
serta mengajar tanpa berlengah-lengah. Kelewatan hadir ke kelas lebih dari 5 minit boleh
23

