Page 22 - tmp
P. 22

8.0       UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN

               8.1      Sila lihat jadual ujian / peperiksaan sebagai panduan.  Ujian setara perlu diberi pada tarikh
                       yang ditetapkan dalam Takwim Sekolah.

               8.2      Tujuan ujian diadakan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam mata
                       pelajarannya dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk
                       mengatur pelajaran selanjutnya kepada kelas / pelajar masing-masing.  Analisa apa yang
                       telah diajar untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.

               8.3       Guru hendaklah membantu   dan mengatasi kelemahan pelajar dalam mata pelajarannya
                       dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu. Kelas tambahan khas
                       perlu diadakan.

               8.4      Guru mata pelajaran  dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan
                       JSU dan memeriksa kertas  jawapan pelajar bagi kelas yang diajar.  Panitia-panitia mata
                       pelajaran akan menentukan penyediaan soalan. Ketua Panitia akan menyemak dan
                       mengesahkan soalan yang disediakan sebelum soalan-soalan diperbanyakkan.

               8.5       Guru mata pelajaran hendaklah  berhati-hati apabila menyediakan soalan-soalan ujian
                       supaya soalan itu benar-benar menguji kebolehan pelajar.

               8.6      Setiap kertas  soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangan oleh Ketua
                       Panitia.

               8.7      Keputusan ujian hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar.

               8.8       Setiap keputusan ujian hendaklah diserahkan satu salinan kepda Guru Besar, Penolong
                       Kanan Pentadbiran dan Unit Peperiksaan.

               8.9      Guru mata pelajaran hendaklah membuat post-mortem setiap ujian/peperiksaan  untuk
                       mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru.

               8.10    Guru perlulah mahir dengan peraturan Peperiksaan UPSR terutama perkara-perkara bersabit
                       dengan  syarat  pemberian  sijil/keputusan  supaya  pengetahuan  ini  dapat  disampaikan  kepada
                       pelajar.  Jika ada keraguan, guru hendaklah  bertanya kepada  Setiausaha Peperiksaan.

               8.11     Pelajar yang tidak  hadir untuk ujian / peperiksaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh
                       pentadbir sekolah, ditanda TH dan diberi markah 0.

               9.0       SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN

               9.1       Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai DSKP yang sah yang dikeluarkan oleh Pendaftar
                       (atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah Pendidikan Negeri) bagi mata pelajaran yang
                       mana yang beliau bertanggungjawab.
               9.2      Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti dengan sebaik-baiknya oleh semua guru.

               9.3      Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan, sukatan
                       pelajaran  dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum.  Guru-
                       guru yang  mempunyai sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada  Ketua
                       Panitia pelajaran  masing-masing.

               9.4       Rancangan kerja hendaklah dibahagikan dalam 2 penggal dan disediakan secara mingguan
                       untuk sepanjang tempoh sesi persekolahan.

               9.5       Sukatan pelajaran perlu disertakan dalam Buku Rekod Mengajar/e-rph.


                                                              21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27