Page 23 - tmp
P. 23

9.6       Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang
                       tertentu dalam Buku Rekod Mengajar/e-rph.

               9.7       Ketua Panitia pelajaran dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata  pelajaran
                       berkenaan akan menyusun rancangan pelajaran ini bagi semua  darjah.

               10.0     BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR/e-RPH

               10.1     Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai Buku Rancangan Kerja Harian (Buku Rekod
                       Mengajar) atau dalam bentuk maya (e-RPH) yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran
                       dan buku/e-rph ini dijaga dengan baik serta diserahkan kepada Guru Besar/GPK/Pemeriksa  setiap
                       minggu  untuk  pemeriksaan  dan  ditandatangani  atau  disahkan  oleh  Guru  Besar/GPK/Pemeriksa
                       atau wakilnya.

               10.2     Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar/e-rph.  Semua
                       butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

               10.3    Buku Rekod Mengajar/e-rph adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada
                       akhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini.

               10.4    Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang
                       diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut.

               10.5     Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran
                       dapatdisampaikan kepada  pelajar dengan berkesan.

               10.6     Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke bilik Guru Besar  pada setiap hari Jumaat
                       sebelum pukul 12.00 tengah hari. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikutnya
                       hendaklah ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya.

               10.7     Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan
                       dalam  minggu  tersebut hendaklah dicatat dalam ruang harian.

               10.8     Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu  dijaga dengan baik dan bersih.  Semua kertas
                       kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan.

               10.9     Rancangan dan huraian kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran yang
                       hendak disampaikan kepada pelajar.  Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang
                       terlalu ringkas dan sukar difahami.

               10.10   Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan
                       untuk urusan guru pengganti.

               10.11   Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan  ke pejabat
                       sekolah.

               11.0    GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM

               11.1     Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah.  Ianya wajib bagi semua
                       guru dan pelajar.  Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum
                       dan buku penglibatan murid PAJSK apabila menghadiri GKK.

               11.2     Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2021 dalam Gerak Kerja
                       Kokurikulum.

               11.3    Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab
                       permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua  pelajar.


                                                              22
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28