Page 23 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 23
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
yatim / pelajar miskin dan memaklumkan kepada PK HEM.
3.4.7 Dokumen iringan seperti Laporan Disiplin, Folio KH, PAFA, dan lain-lain berkaitan
kerja kursus dari sekolah perlu diserahkan kepada Guru Tingkatan /Penyelaras.
3.4.8 Kutipan yuran PIBG adalah berdasarkan kepada SatuPer Keluarga yang mana
kutipan hanya kepada murid / anak yang paling muda bersekolah di sekolah yang
sama.
3.5 PENGURUSAN BAHAGIAN SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BSTP)
3.5.1 Semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan BSTP.
Murid bukan warganegara tidak layak menerima bantuan BSTP.
3.5.2 Memastikan semua murid yang layak telah menerima buku teks yang mencukupi
selewat-lewatnya pada hari pertama sesi persekolahan bermula.
3.5.3 Melaksanakan arahan perpindahan Murid Bersama Buku Teks Dalam Zon yang
Sama (Ruj: K/P.BT.8945/Jld.28(24) 17Mac 2008).
3.5.4 Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku
Teks serta memperakui butiran yang terkandung di dalamnya.
3.5.5 Buku-buku yang tidak digunakan(tamat tempoh/rosak/edisi tidak digunakan/ dll) perlu
dilupuskan segera apabila surat kebenaran pelupusan diterima.
Guru BSTP dikehendaki memohon untuk membuat pelupusan buku-buku yang tidak
boleh digunakan lagi.
3.5.6 Guru BSTP dikehendaki menyelenggara fail-fail BSTP dari masa ke semasa dan
menguruskan Bilik BSTP dengan berkesan supaya boleh dipertandingkan.
3.5.7 Semua buku teks yang diterima oleh murid mesti dibalut kemas dan ditulis nama.
Guru Tingkatan hendaklah memastikan mana-mana muridnya yang ingin bertukar
sekolah ke sekolah swasta, SBP atau Sekolah-sekolah dibawah anjuran MARA
memulangkan buku teks yang dipinjam dengan mengikut tatacara yang telah
ditetapkan. Buku teks boleh dibawa ke sekolah baru sekiranya bertukar ke sekolah di
seluruh Malaysia.
3.5.8 Guru BSTP mestilah mengumpulkan semua buku teks yang dipinjam pada akhir
tahun mengikut tarikh yang ditetapkan serta membuat senarai semak murid yang
tidak memulangkannya.
3.6 MURID KELUAR / MASUK SEKOLAH
3.6.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
3.6.2 Mencatatkan maklumat / butiran dalam FAKM kelas
3.6.3 Prosedur pertukaran murid ke sekolah Swasta / MARA:
Memastikan semua buku teks dipulangkan
Merekodkan senarai buku yang dipulangkan dan menyerahkan satu salinan kepada
Guru BSTP
3.6.4 Prosedur pertukaran murid ke sekolah Menengah Kebangsaan:
Merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru. (Sila guna borang khas
di pejabat).
Menyerahkan satu salinan borang ini kepada Guru BSTP.
3.6.5 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti Sekolah bagi murid-murid yang akan
melanjutkan pelajaran ke SBP ,MRSM dan Sekolah Teknik.
3.6.6 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima.
3.6.7 Guru Tingkatan menyediakan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Murid bagi murid-murid
Tingkatan 5 yang tamat belajar di SMKSK.
3.6.8 Segala dokumen perlu diserahkan kepada murid mengikut kesesuian masa.
3.6.9 Guru Data / Penyelaras memastikan murid telah mengisi Senarai Semak Masuk
Sekolah yang lengkap sebelum diserahkan kepada guru tingkatan.
23

