Page 26 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 26
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan PK HEM dan Kaunselor
terlebih dahulu.
- Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu
bapa/penjaga dan berjumpa dengan pengetua, PK HEM dan Kaunselor.
- Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
Pengetua berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga
melalui surat akur janji.
- Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah
membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN.
3.11 BUKU PENGESANAN MURID (BPM)
3.11.1 Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai Buku
Pengesanan Murid setiap hari.
3.11.2 Ketua Tingkatan akan mengambil pada waktu pertama di Bilik Disiplin. Adalah
menjadi tanggungjawab setiap Ketua Tingkatan untuk memulangkan Buku
Pengesanan Murid ke bilik disiplin semula selepas tamat sesi persekolahan.
3.11.3 Buku Pengesanan Murid hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan
diserahkan kepada Guru Mata Pelajaran yang masuk pada setiap waktu.
3.11.4 Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa
tersebut. Bagi kelas yang bergabung seperti RBT, ASK dan Pendidikan Jasmani
BPM akan dibuat secara berasingan.
3.11.5 Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk
kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
3.11.6 Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan
teratur sebelum menandatangani BPM.
3.11.7 Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru
berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja
perlu dicatatkan dalam BPM untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya.
3.11.8 Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BPM dan
terus maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM / Kaunselor.
3.11.9 Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BPM) dibantu oleh Penyelaras Penalti akan
menyemak BPM setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk
tindakan selanjutnya pada keesokannya.
3.11.10 Penyelaras BRPM hendaklah menjaga BRPM dengan baik dan sempurna mengikut
susunan minggu dan bulan dan diserahkan kepada PKHEM pada setiap akhir
semester 1 dan 2.
3.11.11 BPM adalah dokumen sulit Unit Disiplin. Tindakan tegas akan diambil kepada Ketua
Tingkatan / Kelas sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau
penyelewengan. Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah menanda kehadiran
murid. Guru masa pertama dan masa akhir pula perlu mencatat dan
menandatangani buku tersebut.
3.12 PAS KELUAR KELAS
3.12.1 Setiap guru akan dibekalkan dengan dua pas kebenaran keluar oleh Unit HEM pada
awal sesi persekolahan . Pas ini adalah tanggungjawab setiap guru.
3.12.2 Satu pas kebenaran keluar hanya boleh digunakan oleh seorang murid sahaja
dalam satu-satu masa.
3.12.3 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa / dipanggil
guru, urusan peribadi dan sebagainya WAJIB memakai pas berkenaan.
3.12.4 Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas sekiranya murid gagal menunjukkan pas berkenaan apabila
diminta .
3.12.5 Murid yang keluar kelas tanpa menggunakan pas boleh dianggap keluar tanpa
kebenaran dan ponteng kelas. Pemberian mata penalti akan dikenakan.
26

