Page 27 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 27

Buku Pengurusan SMK  Seri Keramat  2019



                   3.13   PENGURUSAN DISIPLIN MURID

                         3.13.1   SEMUA  GURU  ADALAH  GURU  DISIPLIN.  Oleh  itu,  guru-guru  mestilah
                                  memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
                                  Murid perempuan tidak boleh dikenakan hukuman rotan.
                                  Hukuman / denda berbentuk wang adalah dilarang.
                                  Hukuman rotan dikhalayak ramai adalah tidak dibenarkan.
                         3.13.2   Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mendapati seseorang murid
                                  itu melanggar / melakukan kesalahan disiplin.
                         3.13.3   Guru-guru mestilah memaklumkan kes salahlaku  disiplin murid yang berat dengan
                                  segera kepada Ketua Guru Disiplin / PK HEM.
                         3.13.4   Guru  hendaklah  berpandukan  kepada  prinsip  bahawa  hukuman  yang  dikenakan
                                  mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid serta bersifat
                                  mendidik  .  Ini  bertujuan  supaya  murid  tidak  terasa  teraniaya  dan  akan  menerima
                                  hukuman dengan rela hati.
                         3.13.5   Hukuman  berganda  (double  punishment)  tidak  boleh  dikenakan  kepada  murid
                                  untuk satu kes salahlaku yang dilakukan.
                         3.13.6   Tiada  sentuhan  badan  kepada  murid  atau  tingkah  laku  negatif    guru  yang  boleh
                                  menimbulkan prasangka kepada murid.

                   3.14   TANGGUNGJAWAB GURU

                         3.14.1   Guru  mestilah  bersikap  penyayang.  Justeru,  seharusnya  guru  mengenali  nama
                                  setiap muridnya.
                         3.14.2   Guru  hendaklah  mengenalpasti  mana-mana  murid  yang  sering  menimbulkan
                                  masalah  disiplin  dan  berikan  tumpuan  yang  lebih  terhadap  mereka  bagi
                                  mendapatkan kerjasama. Jika gagal, kes ini perlu dirujuk kepada kaunselor.
                         3.14.3   Jangan mulakan proses PdPc  jika murid tidak memberi tumpuan , membuat  bising
                                  dan bercakap sesama sendiri.
                         3.14.4   Jangan  biarkan  murid-murid  berkumpul  di  hadapan  meja  guru  sedangkan  murid-
                                  murid lain dibiarkan membuat bising di tempat mereka atau di belakang kelas.
                         3.14.5   Sebelum  memulakan  PdPc  guru  haruslah  memeriksa  kebersihan  kelas  termasuk
                                  bahagian  kaki  lima  kelas  dan  mengarahkan  murid-murid  mengemas  dan
                                  membersihkannya dengan segera.
                         3.14.6   Guru-guru  haruslah  mengambil  perhatian  yang  lebih  terhadap  murid-murid  yang
                                  selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Catatkan masalah ini
                                  di dalam BPM.
                         3.14.7   Penyemakan  buku  nota  /  latihan  akan  dilakukan  oleh  pentadbir  mengikut  jadual
                                  penyemakan.

                   3.15   DASAR UMUM DISIPLIN

                         3.15.1   Setiap murid wajib memiliki Buku Peraturan Sekolah dan mesti dibawa ke sekolah
                                  pada setiap hari.
                         3.15.2   Setiap  murid  wajib  memiliki  buku  catatan  kecil  dan  dibawa  bersama  sewaktu
                                  perhimpunan.
                         3.15.3   Pada  awal  tahun  sesi  persekolahan,  murid-murid  akan  diberi  penjelasan  dan
                                  penerangan terperinci tentang peraturan sekolah dan bentuk tindakan disiplin yang
                                  dikenakan jika melanggar peraturan melalui Perhimpunan Rasmi Sekolah.
                         3.15.4   Pemeriksaan Gempar / “Spot Check”
                                  Pemeriksaan  Gempar  /  “Sport  Check”  boleh  dijalankan  pada  bila-bila  masa
                                  mengikut keperluan semasa.
                                  Guru  disiplin/guru  bertugas  bersama  guru  tingkatan  atau  guru  mata  pelajaran
                                  dengan bantuan pengawas akan menjalankan pemeriksaan dengan disaksikan oleh
                                  murid  berkenaan.  (Pengawas  yang  dilantik  perlu  diberi  penerangan  dan
                                  mengangkat sumpah)
                                  Barang  larangan  akan  dirampas  dan  maklumat  murid  tersebut  akan  direkod  oleh
                                  guru berkaitan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan di
                                  dalam almari di bilik PK HEM.
                                  Barang larangan akan dilabel dan disimpan di dalam bilik PK HEM.
                                                                                                            27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32