Page 28 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 28
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
Barang rampasan yang mahal (seperti telefon bimbit) hanya boleh dituntut semula
oleh ibu bapa/penjaga murid selepas berjumpa dengan PK HEM dan
menandatangani surat akurjanji.
Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah
dibawa ke Mesyuarat Lembaga Disiplin.
3.15.5 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab murid-murid.
3.15.6 Semua murid tidak dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri di sekolah tanpa
pengawasan guru.
3.15.7 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas selepas sesi persekolahan dan ketika
hari cuti, melainkan bersama guru.
3.15.8 Semua murid adalah dilarang berada di dalam kawasan sekolah selepas pukul 7.00
malam untuk apa-apa jua aktiviti.
3.15.9 Aktiviti bersama yang melibatkan murid lelaki dan perempuan adalah DILARANG
kecuali yang berkaitan PdPc dibawah pengawasan guru.
3.15.10 Sebarang perlakuan yang tidak bermoral seperti berdua-duaan lelaki dan
perempuan, berpakaian mencolok mata , merokok, merempit, melepak dan
sebagainya walaupun dilakukan di luar kawasan sekolah dianggap telah
menjatuhkan nama baik sekolah dan boleh disabitkan sebagai kes salahlaku berat.
3.15.11 Menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk melaporkan sebarang kes
salahlaku dalam kalangan murid kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling, Penolong Kanan dan Pengetua.
3.15.12 Setiap arahan Pengawal Keselamatan yang berkaitan tugasan mereka wajib
dipatuhi oleh semua murid dan menjadi kesalahan jika diingkari.
3.15.13 Penggunaan padang permainan , peralatan dan kemudahan fizikal perlu mendapat
keizinan dari pihak pengurusan sekolah.
3.15.14 Dasar umum disiplin sekolah digubal berasaskan Peraturan-peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959 dan boleh dirujuk di dalam Buku Peraturan Sekolah SMKSK
yang wajib dimiliki oleh semua murid.
3.16 KAEDAH MENGATASI DISIPLIN
3.16.1 Senarai kes salahlaku disiplin bagi kategori ringan, sederhana dan berat hendaklah
diserahkan kepada :
- Semua guru sebagai rujukan.
- Ketua Kelas untuk ditampal di papan kenyataan kelas.
- Penyelaras Bilik-bilik Khas untuk dipamerkan.
- JK papan kenyataan Unit Disiplin / HEM untuk dokumentasi.
- Badan Kepimpinan Pengawas sebagai rujukan ketika menjalankan tugas.
3.16.2 Maklumat berkaitan jenis salahlaku dan hukuman yang boleh dikenakan hendaklah
selalu diuar-uarkan dalam perhimpunan rasmi / perjumpaan murid sebagai
makluman dan peringatan.
3.16.3 Tindakan Guru mata pelajaran / guru kelas :
- Sentiasa memberi nasihat dan teguran.
- Mengenal pasti murid yang selalu melanggar peraturan.
- Menerangkan kepada murid yang melakukan kes salahlaku tentang tindakan /
hukuman yang boleh dikenakan.
- Merekodkan kesalahan murid di BPM bagi kesalahan ringan dan sederhana.
- Bagi kes kesalahan berat hendaklah dirujuk terus kepada Ketua Guru Disiplin / PK
HEM dengan kadar segera.
- Guru kelas perlu memastikan murid kelas masing-masing beratur di dalam barisan
yang betul dan mereka berada dalam keadaan senyap. (beg murid perlu diletakkan
di bawah dan di tepi mereka)
3.16.4 Tindakan Guru Disiplin :
- Memastikan murid faham dan akur dengan peraturan sekolah.
- Mengemas kini rekod salahlaku murid dalam BPM secara berkala / ikut
keperluansemasa.
- Menjalankan siasatan bagi sesuatu kes yang dilaporkan.
- Memanggil murid yang bermasalah berdasarkan rekod salah laku / aduan.
- PK HEM / Ketua Guru Disiplin boleh memanggil ahli Lembaga Disiplin untuk satu
Mesyuarat Khas sebelum sesuatu tindakan / hukuman diambil.
28

