Page 29 - BUKU PENGURUSAN SMK SERI KERAMAT 2020
P. 29
Buku Pengurusan SMK Seri Keramat 2019
- Sidang Disiplin perlu diadakan bagi kes berat / khas.
- Menyimpan segala rekod , laporan dan keputusan mesyuarat.
- Murid yang telah menjalani hukuman / dikenakan tindakan disiplin perlu dirujuk
kepada Kaunselor.
3.16.5 Memberi pengiktirafan kepada :
- Kelas yang berjaya mengekalkan ponteng sifar akan diumumkan secara bulanan
dan diberikan sijil penghargaan.
- Walaupun tidak hadir, mesti bersebab.
- Murid yang mengekalkan / mencapai ponteng sifar akan diberikan sijil dan hadiah
pada Majlis Anugerah HEM.
3.17 PENGURUSAN PERHIMPUNAN
3.17.1 Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin.
3.17.2 Perhimpunan rasmi mesti di pantau dan dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan
dan dibantu oleh Guru Disiplin dan Guru Pengawas.
3.17.3 Bacaan Surah Yassin / Surah Al-Kahfi (ayat 1-10 dan ayat 100-110) / Tazkirah Pagi
diadakan pada setiap pagi Jumaat (7.20 – 8.05pagi).
3.17.4 Diuruskan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dibantu oleh Badan Pengawas.
3.17.5 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan Isnin dan Jumaat setiap minggu.
3.17.6 Semua guru yang beragama Islam wajib menghadiri program mentor mentee pada
setiap pagi jumaat di tapak perhimpunan walaupun uzur syarie.
3.17.7 Murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali sedang bertugas
atau dengan kebenaran.
3.17.8 Perhimpunan perlulah ringkas dan padat.
3.17.9 Guru-guru juga diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang
dijalankan.Sekiranya perlu, guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di
perhimpunan tersebut.
3.17.10 Bahan bacaan yang dibawa semasa perhimpunan boleh dirampas (sekiranya murid
membaca sewaktu perhimpunan dijalankan)
3.17.11 Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti atau apa-apa perlakuan yang
boleh menganggu perjalanan majlis.
3.17.12 Semua maklumat yang disampaikan di dalam perhimpunan rasmi mesti dicatat di
dalam Buku Laporan Perhimpunan Rasmi dan Buku Laporan Bertugas Mingguan.
3.18 PENGURUSAN BIASISWA
3.18.1 Guru yang menguruskan biasiswa akan memastikan murid yang berjaya menerima
surat tawaran akan membuka akaun simpanan di Bank Simpanan Nasional. Guru-
guru tingkatan juga boleh meminta mana-mana murid yang layak untuk memohon
biasiswa. Guru Penyelaras Biasiswa juga perlu memaklumkan kepada murid
berkaitan biasiswa semasa perhimpunan.
3.18.2 Buku simpanan tersebut hendaklah diserahkan kepada guru biasiswa dan
pengeluaran wang yang dibuat mestilah dikawal agar tidak disalahgunakan oleh
murid berkenaan. Ibu bapa atau penjaga dilarang sama sekali mengambil buku
akaun murid.
3.18.3 Seorang murid hanya boleh menerima satu biasiswa sahaja. Sekiranya menerima
lebih daripada satu biasiswa, satu surat pemberitahuan perlu dihantar kepada pihak
penaja.
3.18.4 Bagi penerima bantuan Baitulmal / Pusat Zakat , Guru Biasiswa hendaklah
mengenal pasti jika ada murid-murid baru terutamanya murid tingkatan satu yang
pernah menerima bantuan tersebut semasa mereka di sekolah rendah.
3.18.5 Walaupun murid-murid berkenaan pernah menerima bantuan semasa di sekolah
rendah, mereka mesti memperbaharui permohonan mereka semasa di sekolah
menengah dengan mengisi borang permohonan baru.
3.18.6 Guru Tingkatan akan memastikan bahawa murid-murid berkenaan dapat
menyambung semula bantuan yang diterima dengan menyerahkan borang
permohonan mereka yang lengkap kepada Guru Biasiswa berkenaan.
3.18.7 Guru Tingkatan juga boleh mengenal pasti murid yang layak menerima sebarang
bantuan lain dan melaporkan kepada pihak PIBG terutama bagi ibu bapa/ penjaga
29

