Page 1088 - e Prosiding Serai 2021
P. 1088
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kepada tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu bahasa atau situasi komunikasi yang
sedang dilaluinya. Oleh itu, pendekatan didik hibur amat tepat digunakan kerana penguasaan
bahasa Melayu dalam kalangan orang Thailand di kawasan ini amat rendah. Menurut Mohd
Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli (2020), pendekatan didik hibur melibatkan
pengajaran yang bersifat santai dan seronok dengan menghubungjalinkan unsur kelakar,
kecindan, estetik, muzik dan lakonan agar dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain
itu, pendekatan didik hibur bersifat santai tetapi terkawal dengan memberikan penekanan dan
cara pelaksanaannya terhadap empat komponen iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan
berpuisi. Elemen-elemen hiburan ini membantu pelajar dalam penguasaan bahasa asing
dengan cepat dan berkesan. Pendekatan ini juga banyak menggunakan komunikasi anggota
badan seperti mata, tangan, bahu, mimik muka, kening dan senyuman (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2015). Pendekatan didik hibur akan memberikan kesan yang optimum
apabila dikukuhkan dengan penggunaan teknologi terkini semasa pembelajaran. Justeru
pendekatan ini telah digunakan semasa pengajaran Bahasa Melayu di Thailand melalui teknik
nyanyian, permainan kosa kata, lakonan dan eksplorasi bahasa.
Pendekatan didik hibur juga menyokong landasan teori pembelajaran sosial
konstruktivis. Teori yang dipelopori oleh Vygostky telah memberi impak yang sangat
mendalam dalam bidang pendidikan bahasa bagi menghuraikan proses pembelajaran
bahasa. Walaupun beliau tidak menafikan kepentingan faktor neuro-biologi, Vygotsy lebih
menekankan faktor sosial dan budaya dalam dalam proses pembelajaran. Vygotsky (1978)
menganggap faktor sosiobudaya sebagai faktor penting dan faktor penentu dalam
perkembangan aktiviti mental seperti penaakulan, pemikiran logik, dan penyelesaian masalah
semasa proses pembelajaran berlaku. Dalam menghuraikan proses pembelajaran bahasa,
landasan teori sosiobudaya melihat proses pembelajaran sebagai peristiwa sosial yang
berlaku sebagai hasil interaksi antara pelajar dengan persekitaran. Pelajar membina makna
dan penyelesai masalah yang aktif dalam proses pembelajaran mereka melalui proses
interaksi atau intermental (Yang & Wilson, 2006) yang dinamik antara guru, sesama pelajar,
dan dalam persekitaran. Menurut Ellis (2000), dalam proses pembelajaran bahasa interaksi
sosial dapat memudah dan memantapkan proses penguasaan bahasa pelajar melalui sistem
sokongan yang dibina bersama guru dan rakan-rakan. Penguasaan bahasa bukan diperolehi
melalui usaha pelajar itu sendiri tetapi melalui manfaat belajar bersama-sama, iaitu dengan
bantuan rakan pelajar yang lain dan guru yang lebih berkemahiran. Hal ini dapat diterangkan
melalui konsep Zon Perkembangan Proksimal (ZPD). ZPD merupakan jarak antara tahap
keupayaan sebenar pelajar melalui usaha sendiri dengan keupayaan potensi yang boleh
dicapai dengan bantuan dan sokongan orang lain. Proses scaffolding dan keupayaan ZPD ini
dapat dicetuskan melalui aktiviti pengajaran yang disusun oleh guru. Justeru menurut Mansor
Fahim & Mastaneh Haghani (2012), guru perlu merancang aktiviti pengajaran yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1070

