Page 1089 - e Prosiding Serai 2021
P. 1089

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               mencabar pelajar melakukan tugasan melebihi keupayaan mereka di samping memberikan
               sokongan dan bantuan yang sepatutnya. Tugasan yang terlalu mudah dan sukar memberi

               kesan terhadap motivasi pelajar mempelajari bahasa.

               TUJUAN KAJIAN


               Kajian  ini  bertujuan  untuk  menjelaskan  kesan  pendekatan  didik  hibur  terhadap  proses
               pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa  Melayu  sebagai  bahasa  asing  kepada  sekumpulan

               pelajar dari Prince Of Songkla University. Khususnya kajian ini bertujuan untuk;
                   1.  Kesan  pendekatan  didik  hibur  terhadap  penguasaan  kosa  kata  Bahasa  Melayu
                       sebagai bahasa asing kepada pelajar-pelajar Thailand.

                   2.  Mendapatkan  pandangan  guru-guru  tentang  pengajaran  bahasa  Melayu  sebagai
                       bahasa asing.
                   3.  Mendapatkan  pandangan  pelajar-pelajar  tentang  pendekatan  didik  hibur  terhadap

                       proses pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes deskriptif  dalam menjelaskan pelaksanaan
               kajian  yang  menggunakan  pendekatan  didik  hibur  sebagai  pendekatan  intervensi  utama

               kajian. Pelaksanaan pedekatan didik hibur ini menggabungkan teknik nyanyian, permainan
               kosa kata, dan eksplorasi bahasa Data-data kajian dikutip melalui kaedah temubual serta
               analisis dokumen. Peserta kajian merupakan sekumpulan 7 orang pelajar Thailand dan 4

               orang  guru.  Kaedah  analisis  dokumen,  pemerhatian  dan  temu  bual  merupakan  kaedah
               pengumpulan data dalam kajian ini.


               DAPATAN KAJIAN

               Hasil  dapatan  kajian  dibincangkan  berdasarkan  tiga  persoalan  kajian  iaitu  (1)  kesan

               pendekatan  didik  hibur  terhadap  penguasaan  kosa  kata  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa
               asing dalam kalangan pelajar Thailand, (2) pandangan guru-guru tentang pengajaran bahasa
               Melayu  sebagai  bahasa  asing  dan  (3)  pandangan  pelajar-pelajar  terhadap  keberkesanan

               pendekatan didik hibur dalam pembelajaran bahasa Melayu. Perincian bagi setiap dapatan
               kajian akan dihuraikan berdasarkan persoalan kajian yang dibentuk.

               Kesan pendekatan didik hibur terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu sebagai
               bahasa asing dalam kalangan pelajar Thailand.
               Pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa  Melayu  dalam  konteks  kajian  ini  berlaku  bukan  di

               negara penutur asli bahasa ini. Situasi ini menuntut kepada pendekatan PdP, objektif dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1071
   1084   1085   1086   1087   1088   1089   1090   1091   1092   1093   1094