Page 1090 - e Prosiding Serai 2021
P. 1090

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               hasil  PdP  yang  berbeza.  (Alice  Alim,  2018).  Projek  MICE  ini  memberi  fokus  kepada
               memperkenalkan  beberapa  kosa  kata  asas  bahasa  Melayu.  Hal  ini  kerana,  kosa  kata

               merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa. Menurut Nurmasturah
               Jamil  et.  al.  (2020),  pembelajaran  bahasa  yang  berkesan memerlukan  pelajar menguasai
               aspek kosa kata dengan baik. Kajian ini akan membincangkan penguasaan yang ditunjukkan

               oleh  pelajar terhadap  3 kelompok kosa kata  yang merujuk kepada  anggota  badan,  buah-
               buahan dan binatang.  Data-data kajian dikumpulkan melalui kaedah analisis dokumen dan

               pemerhatian.
                       Bagi memperkenalkan peserta kajian dengan anggota badan, kaedah nyanyian yang
               dicadangkan dalam pendekatan didik hibur digunakan. Antara bahan bantu mengajar dalam

               kaedah nyayian ini ialah lagu anggota badan oleh Didi & Friends. Kumpulan pelajar ini terlebih
               dahulu dipertontonkan dengan rakaman video Youtube tersebut berulang kali dan disusuli

               dengan  aktiviti  nyanyian  bersama-sama.  Rajah  1  dibawah  menunjukkan  contoh  aktiviti
               nyanyian yang dilakukan dalam kumpulan kecil di hadapan kelas.














                            Rajah 1: Aktiviti nyanyian dalam mengenal anggota-anggota badan

               Kaedah  nyanyian  ini  sangat  berkesan  kerana  teknik  perulangan  iaitu  ulang-sebut  dan

               disertakan  dengan  aksi  yang  memerlukan  mereka  perlu  menyanyi  sambil  menunjukkan
               anggota  badan  tersebut.  Kaedah  nyanyian  seperti  ini  telah  membantu  peserta  kajian

               mengingat nama-nama anggota badan ini dengan baik. Rajah seterusnya pula merupakan
               satu contoh hasil tugasan pelajar. Peserta kajian ini berjaya menghasilkan lakaran lengkap
               manusia dengan melabelkan setiap anggota badan yang ditunjukkan dalam rajah 2 di bawah.















               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1072
   1085   1086   1087   1088   1089   1090   1091   1092   1093   1094   1095