Page 1091 - e Prosiding Serai 2021
P. 1091
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 2: Lukisan manusia dan label anggota-anggota badan
Selain itu, kaedah eksplorasi bahasa turut digunakan sebagai satu kaedah dalam program
pengajian bahasa Melayu ini. Pada permulaan kelas, mereka diperkenalkan dengan nama
buah-buahan. Bagi mengukuhkan ingatan mereka terhadap nama buah-buahan ini, aktiviti
eksplorasi bahasa dilakukan melalui aktiviti pembelajaran luar bilik darjah iaitu di pasar
malam.
Rajah 3: Aktiviti eksplorasi bahasa di pasar malam
Rajah di atas menunjukkan satu situasi eksplorasi bahasa di pasar malam. Pelajar diberi
pengukuhan melalui aktiviti mencari, mengenalpasti dan menamakan buah-buahan yang
terdapat di pasar tersebut dengan nama buah yang telah dipelajari di dalam kelas. Keupayaan
mereka mengingat nama buah-buahan tersebut dibuktikan melalui tugasan mereka
menyenaraikan semula nama buah-buahan yang telah dipelajari seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 4 dan 5 di bawah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1073

