Page 1101 - e Prosiding Serai 2021
P. 1101

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               perancangan takwim dan sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19. Menurut Qureshi
               Khan, Gillani dan Raza (2020), wabak pandemik Covid-19 tidak memberi pilihan lain kepada

               para  pelajar  untuk  meneruskan  pengajian  dan  pendidikan  mereka  melainkan  dengan
               mengadaptasi diri dengan kecanggihan teknologi dan menggunakan pelantar dalam talian
               untuk  berhubung  dengan  guru,  pensyarah  atau  pengajar  sebagai  satu  langkah  untuk

               membendung  penularan  wabak  dan  secara  tidak  langsung  tidak  ketinggalan  dalam
               pendidikan mereka. Satu tinjauan yang dibuat oleh Redden (2021) kepada 21 buah negara

               telah mendapati 66.7% pelajar memilih untuk meneruskan pembelajaran dalam talian selepas
               pascapandemik kerana ia menjimatkan kos dan ini menunjukkan pembelajaran dalam talian
               menyumbang  satu  kelebihan  kepada  sektor  pendidikan.  Sebaliknya,  tinjauan  itu  juga

               merekodkan  hanya  29%  pelajar  dari  Malaysia  bersetuju  untuk  meneruskan  pembelajaran
               dalam talian selepas pascapandemik dan ini menandakan pembelajaran dalam talian tidak

               begitu  berkesan  dan  memungkinkan  pelajar  menghadapi  kesulitan  dan  cabaran  semasa
               menjalani sesi pembelajaran dalam talian (Redden, 2021).
                       Dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan pembelajaran dalam talian memberi

               cabaran dan kebaikan kepada pelajar-pelajar di semua peringkat dan ia terlalu subjektif untuk
               setiap  individu.  Situasi  ini  tidak  terkecuali kepada guru  pelatih  di  Institut  Pendidikan Guru
               Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini berhasrat mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru

               pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail khususnya pelajar kursus Bahasa Melayu Sem 3 dan
               kelebihan  yang  diperolehi  sepanjang  menjalani  pembelajaran  dalam  talian  serta  tahap
               kepuasan terhadap pencapaian akademik mereka sepanjang pandemik.


               SOROTAN LITERATUR


               Kajian literatur oleh Sharin (2021) telah mendapati masalah kewangan mengehadkan pelajar
               untuk memiliki peranti dan data internet bagi menyertai pembelajaran dalam talian. Masalah
               capaian internet ini akan menjejaskan penyampaian kuliah dan mempengaruhi pencapaian

               pelajar (Sharin, 2021). Masalah capaian internet dan ketidakmampuan memiliki peranti ini
               juga menjejaskan interaksi antara guru dan pelajar dan Sharin (2021) mengatakan pelajar
               yang  mengalami  situasi  ini  tidak  sepatutnya  diabaikan  agar  pembelajaran  mereka  tidak

               terjejas. Sharin (2021) turut melaporkan pelajar yang menghadapi masalah persekitaran yang
               tidak  selesa  untuk  pembelajaran  dan  mempunyai  komitmen  kerja  rumah  tangga  juga

               mengalami kesan secara psikologi dan memberi cabaran hebat untuk mereka meneruskan
               pembelajaran dalam talian.
                       Selvanathan,  Hussin,  dan  Azazi  (2020)  dalam kajian mereka  terhadap 328  pelajar

               universiti di Malaysia mendapati pelajar mengalami masalah komunikasi dengan pensyarah
               ketika menjalani pembelajaran dalam talian. Pelajar dalam kajian berkenaan yang tinggal di



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1083
   1096   1097   1098   1099   1100   1101   1102   1103   1104   1105   1106