Page 1102 - e Prosiding Serai 2021
P. 1102

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kawasan  pedalaman  turut  mengalami  masalah  capaian  internet  dan  menjejaskan  lagi
               pembelajaran  mereka  berbanding  pelajar  yang  tinggal  di  kawasan  bandar.  Selvanathan,

               Hussin, dan Azazi (2020) turut melaporkan pelajar tidak berpuas hati dengan kerja kumpulan
               yang perlu dilakukan secara dalam talian dan meragui keberkesanan perolehan ilmu melalui
               proses  pembelajaran  dalam  talian.  Pelajar  dalam  kajian  ini  juga  menyatakan  tahap

               ketidakpuasan dalam pencapaian akademik mereka sepanjang tempoh pandemik.
                       Al-Kumaim dan lain lain (2021), kajian mereka terhadap 486 pelajar tempatan dan

               asing  di  beberapa  universiti  tempatan  di  Malaysia  mendapati  pembelajaran  dalam  talian
               memberi  kemudahan  teknologi  kepada  pensyarah  dan  pelajar  untuk  meneruskan
               pembelajaran kerana ia lebih fleksibel, namun pelajar menyatakan mereka terbeban dengan

               tugasan yang berlebihan semasa pembelajaran dalam talian. Responden kajian berkenaan
               juga menyatakan ketidakmampuan untuk memiliki capaian dan data internet dan sebahagian

               mengalami tekanan mental ketika menjalani pembelajaran dalam talian (Al Kumain dll, 2021).
               Kajian oleh Chung, Subramaniam dan Dass (2020) terhadap 399 pelajar universiti di Malaysia
               mendapati pelajar bersedia secara tahap sederhana untuk menjalani pembelajaran dalam

               talian.  Namun  demikian,  kajian  berkenaan  mendapati  pelajar  wanita  lebih  bersedia
               menghadapi pembelajaran dalam talian berbanding pelajar lelaki. Chung, Subramaniam dan
               Dass (2020) juga melaporkan pelajar ijazah muda lebih bersedia dan mereka lebih berpuas

               hati dengan pembelajaran dalam talian berbanding pelajar diploma. Namun begitu, dapatan
               kajian mendapati sekiranya diberi peluang, sebilangan besar pelajar tidak mahu meneruskan
               pembelajaran secara dalam talian selepas pandemik. Cabaran yang dihadapi oleh pelajar

               ijazah muda dalam pembelajaran dalam talian adalah masalah capaian internet manakala
               pelajar  diploma  mengalami  masalah  untuk  memahami  kandungan  pelajaran  (Chung,

               Subramaniam dan Dass, 2020).

               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian.
               Kajian ini telah melakukan Teknik tinjauan yang mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian 1
               mengumpul  data  demografi  responden  dan  Bahagian  2  mempunyai  24  pernyataan  yang

               menggunakan 5 skala Likert untuk mengetahui min cabaran, kelebihan pembelajaran dalam
               talian serta tahap kepuasan pencapaian akademik pelajar. Manakala, Bahagian 3 mempunyai

               1 soalan subjektif bagi mengumpul data kualitatif untuk mengukuhkan dapatan kuantitatif.
               Tinjauan ini telah diedarkan kepada populasi melalui Google Form. Pemilihan sampel adalah
               berdasarkan Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan (1970) yang mencadangkan kajian ini

               mempunyai 82 sampel bagi jumlah populasi (N = 102).




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1084
   1097   1098   1099   1100   1101   1102   1103   1104   1105   1106   1107