Page 1097 - e Prosiding Serai 2021
P. 1097
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Abdul Rahman Aziz (2012) tentang hubungan pengajaran guru yang menyeronokkan akan
mendatangkan rasa minat dalam diri pelajar.
SYOR KAJIAN
Usaha memperkenalkan bahasa Melayu harus dipergiatkan oleh kerajaan Malaysia. Antara
usaha yang boleh dijalankan ialah:
1. Memperbanyakkan program pertukaran pelajar dalam bidang Bahasa Melayu.
Kebanyakan program pertukaran pelajar lebih melibatkan kursus-kursus kejuruteraan
dan teknikal. Justeru, sudah amat sesuai menjemput pelajar negara luar ke negara kita
atau menghantar pelajar tempatan ke luar negara untuk mempelajari bahasa Melayu.
2. Program Latihan Mengajar juga dikembangkan ke luar negara. Pelajar-pelajar dalam
bidang pengajian Melayu dihantar membuat latihan ilmiah dan latihan mengajar di negara
luar. Ini memberi peluang mereka mengembangkan bahasa Melayu di universiti tersebut.
3. Kolaborasi akademik antara institusi pengajian tinggi tempatan dipertingkatkan. Jaringan
kolaborasi ini boleh dalam bentuk seminar, pembentangan kertas kerja, forum dan
penyelidikan yang memberi tumpuan kepada bidang bahasa Melayu. Tambahan pula
dalam dunia pendidikan era pandemik, pelaksanaan kolaborasi boleh sahaja
dilaksanakan secara dalam talian yang ternyata lebih menjimatkan masa dan kos.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian telah menjadi bukti kepada keberkesanan
penggunaan pendekatan didik hibur dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing. Pendekatan didik hibur juga telah berjaya menyelesaikan kekangan dan cabaran yang
dihadapi oleh tenaga pengajar sewaktu mengajar pelajar-pelajar Thailand. Elemen-elemen
yang melatari pendekatan ini turut membuka satu dimensi baharu terhadap pengembangan
bahasa Melayu di Thailand kerana penutur jati bahasa Thailand telah menampakkan minat
untuk terus mempelajari bahasa Melayu. Situasi tersebut memberikan satu petanda positif
kepada pemartabatan bahasa Melayu di peringkat serantau bukan sahaja dalam ruang
lingkup pendidikan tetapi ekonomi dan sebagainya.
RUJUKAN
Abdul Rahman Abd Aziz. (2012). Humor (kecindan) dalam pengajaran. Pulau Pinang:
BERU Publication.
Alim, Alice. (2015). Bahasa Melayu sebagai bahasa asing: Kajian kes pelajar China di
Universiti Malaysia Sabah. ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, 5(2), 157-168.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1079

