Page 1096 - e Prosiding Serai 2021
P. 1096

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021




















                  Rajah 8, 9 dan 10: Kepelbagaian kaedah pentaksiran seperti melukis dan main peranan













                          Rajah 11: Guru bersama-sama pelajar semasa aktiviti di pasar malam


               Sikap  dan  kesediaan  guru  sepanjang  sesi  PdP  turut  dipuji  oleh  pelajar-pelajar  ini.  P4
               umpamanya menyatakan bahawa beliau berasa kagum dan terharu  melihat kesungguhan

               guru semasa menyampaikan pengajaran walaupun keterbatasan bahasa menjadi kekangan.
               Kesungguhan guru dibuktikan dengan kreativiti guru dalam menyediakan bahan pengajaran,

               penggunaan pelbagai aktiviti  permainan bahasa yang menarik dan kebolehan mereka untuk
               beradaptasi  dengan  budaya  pelajar  Thailand.  P6  berpendapat  sikap  guru  ini  menjadikan
               beliau    berasa  selesa  untuk  berkomunikasi  dengan  tenaga  pengajar  .  Menurut  P7  pula,

               pembelajaran  bahasa  Melayu  yang  dilalui  telah  menghakis  persepsi  beliau  terhadap
               pembelajaran bahasa asing yang mereka anggap bersifat kaku dan membosankan. Program

               pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing ini  menimbulkan keinginan beliau untuk
               terus giat mempelajari bahasa Melayu pada masa akan datang. Aktiviti-aktiviti menarik yang
               direncana oleh guru-guru semasa PdP menjadi pemangkin kepada hasrat beliau itu. Beliau

               turut berpendapat pembelajaran berpusatkan murid dengan ruang keterlibatan pelajar secara
               langsung  bukan  sahaja  menambahkan  rasa  minat  untuk  belajar  malah  ilmu  pengetahuan
               yang diperoleh mudah diingati dan difahami. Kenyataan tersebut selari dengan pandangan





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1078
   1091   1092   1093   1094   1095   1096   1097   1098   1099   1100   1101