Page 1135 - e Prosiding Serai 2021
P. 1135
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menyatakan kualiti pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani sukar untuk dicapai dan
memberi cabaran buat responden untuk memahami teknik yang diajar dengan betul.
Kemampuan Melakukan Aktiviti Fizikal
Dapatan menunjukkan bahawa responden mencapai min sederhana iaitu 3.50 dalam
kemampuan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini menunjukkan responden masih mampu
melakukan aktiviti meskipun dibebani situasi pembelajaran kini. Menurut data kualitatif yang
direkodkan, responden menyatakan aktiviti fizikal perlu dilaksanakan secara berseorangan
seperti berjoging dan mengalami kesukaran untuk melakukan sesetengah aktiviti seperti
lompat jauh yang perlu direkodkan untuk dihantar kepada pensyarah. Responden juga
menyatakan bahawa peralatan yang terhad dan ruang yang tidak mencukupi membuatkan
mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal yang diarahkan oleh
pensyarah.
Sokongan Pensyarah
Data kuantitatif menunjukkan responden mencatatkan min sederhana terhadap sokongan
pensyarah dengan nilai min 2.63. Dapatan data ini secara jelasnya telah membuktikan
bahawa pensyarah memberi sokongan yang memuaskan terhadap siswa guru. Terdapat di
kalangan mereka menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian ini telah membataskan
peluang mereka untuk berkomunikasi secara terus dengan pensyarah. Atas faktor ini,
responden kurang mendapat pendedahan daripada pensyarah. Ini membuktikan bahawa
motivasi yang diberikan pensyarah lebih berkesan sekiranya diberikan secara bersemuka
berbanding sesi pembelajaran kini.
Sokongan Rakan
Responden mencatatkan min sederhana bagi sokongan rakan dengan nilai min 2.98. Ini
menunjukkan bahawa majoriti responden mendapat sokongan daripada rakan-rakan mereka
pada tahap sederhana. Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa mereka
mendapat kurang sokongan daripada rakan-rakan disebabkan kekangan untuk
berkomunikasi secara terus sepanjang menjalankan pembelajaran dalam talian. Mereka juga
berpendapat bahawa sokongan yang diberikan rakan-rakan berkurang kerana masing-masing
mempunyai komitmen dan pengurusan masa yang berbeza-beza sepanjang pembelajaran
dalam talian menjadikan mereka kurang berkomunikasi antara satu sama lain.
Kemampuan Mengekalkan Kesihatan Mental dan Persekitaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1117

