Page 1136 - e Prosiding Serai 2021
P. 1136

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Data  menunjukkan  bahawa  responden  mencapai  min  sederhana  iaitu  2.75  dalam
               mengekalkan kesihatan mental dan persekitaran. Hal ini menunjukkan bahawa responden

               walaupun berada dalam pembelajaran dalam talian, mereka tetap menjaga kesihatan mental
               dan persekitaran mereka tidak membebankan walaupun dihujani oleh tugasan kerja rumah
               apabila belajar di kediaman masing-masing. Namun demikian, merujuk kepada data kualitatif

               yang diselidiki melalui responden, suasana yang bising di rumah membuatkan responden
               sukar fokus dalam keadaan tersebut. Responden juga menyatakan kurang bermotivasi untuk

               mengikuti sesi pembelajaran disebabkan tidak dapat melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
               secara langsung bersama pensyarah dan rakan sekelas. Ini menyebabkan sesi pembelajaran
               menjadi  kurang  seronok  kerana  lazimnya  aktiviti  fizikal  terutamanya  subjek  Pendidikan

               Jasmani memerlukan praktikal atau amali untuk memahami aktiviti fizikal dengan lebih baik.


               Cara Mengatasi Cabaran

               Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan min bagi cara mengatasi cabaran.
               Jadual 4:
               Rumusan Nilai Min Cara Mengatasi Cabaran Menjalani Pembelajaran Dalam Talian.
                  MIN CARA MENGATASI CABARAN MENJALANI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
                                                                            N       Min       Sisihan
                                                                                               Piawai
                Usaha Mendapat Capaian Internet                            57      3.96        1.117
                Usaha Memahami Kandungan                                   57      3.92        .80495
                Sokongan Pensyarah                                         57      4.40         .728
                Sokongan Rakan                                             57      4.51         .539
                Usaha Melakukan Aktiviti Fizikal                           57      3.56        .84156
                Usaha Mengekalkan Kesihatan Mental Dan                     57      4.28        .77929
                Persekitaran
                Pandangan Pembelajaran Dalam Talian Wajar                  57      2.14        1.302
                diteruskan
                                                      Valid N (listwise)   57

               Usaha Mendapat Capaian Internet Yang Baik

               Dapatan  menunjukkan  responden  mencapai  min  tinggi  iaitu  3.96  dalam  usaha  untuk

               mencapai internet yang baik. Ini menunjukkan komitmen responden walaupun belajar dalam
               keadaan  norma  baharu  iaitu  secara  dalam  talian,  responden  tetap  berusaha  untuk
               mendapatkan  capaian  internet  yang  baik.  Dapatan  ini  disokong  oleh  data  kualitatif  yang

               menunjukkan responden akan menggunakan pelbagai cara demi mendapat capaian internet
               yang baik. Antaranya, responden akan berada di kawasan yang mempunyai liputan atau

               rangkain internet yang laju dan memasang peranti wi-fi untuk mendapatkan akses internet
               yang  lebih  laju.  Responden  juga menyatakan  menggunakan  platform  yang  pelbagai  dan
               sesuai  seperti  Whatsapp  atau  Telegram  amat  bertepatan  apabila  ingin  membuat




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1118
   1131   1132   1133   1134   1135   1136   1137   1138   1139   1140   1141