Page 1137 - e Prosiding Serai 2021
P. 1137

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               perbincangan walaupun terdapat gangguan internet yang menjejaskan sesi perbincangan
               responden bersama rakan-rakan atau pensyarah.


               Usaha Mengekalkan Kesihatan Mental dan Persekitaran


               Dapatan  menunjukkan  responden  mencapai  min  tinggi  iaitu  4.28  dalam  usaha  untuk
               mengekalkan kesihatan mental dan persekitaran. Ini menunjukkan usaha responden untuk
               menjaga kesihatan mental walaupun mereka sedang menghadapi pendemik dalam norma

               baharu, responden tetap berusaha untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam
               talian. Dapatan ini disokong oleh data kualitatif yang menunjukkan responden akan sentiasa
               mencari langkah seperti mencari tempat sunyi seperti di luar rumah.


               Usaha Memahami Kandungan


               Dapatan  menunjukkan  responden  mencapai  min  tinggi  iaitu  3.92  dalam  usaha  untuk
               memahami kandungan. Oleh hal demikian, responden menggunakan pelbagai usaha untuk
               memahami kandungan pembelajaran walaupun belajar secara dalam talian. Data ini juga

               disokong  oleh  dapatan  kualitatif  yang  direkodkan  iaitu  kebanyakkan  responden  akan
               membuat  dan  mengamalkan  pembelajaran  kendiri  dengan  melayari  internet  atau
               menggunakan  aplikasi  Youtube  untuk  melihat  contoh  dan  teknik  yang  betul  bagi  subjek

               Pendidikan Jasmani. Namun demikian, responden juga turut menyatakan kekesalan untuk
               memahami  kandungan  pembelajaran  apabila  perlu  berusaha  dengan  lebih  giat  untuk
               memahami topik yang akan dipelajari sebelum kelas bermula dan terus melakukan ulangkaji

               untuk memahami sesuatu topik pembelajaran.


               Sokongan Pensyarah

               Data  kuantitatif  menunjukkan  bahawa  responden  mencatatkan  min  tinggi  iaitu  4.40  bagi
               mendapatkan sokongan pensyarah. Bacaan data yang tinggi ni membuktikan bahawa siswa

               guru  berusaha  menghubungi  pensyarah  dan  pensyarah  pula  berusaha  memberikan
               sokongan  kepada  siswa-siswa  guru  sepanjang  sesi  pembelajaran  dalam  talian  ini.
               Berdasarkan data kualitatif pula, responden telah menyatakan pensyarah telah mengambil

               langkah  dengan  menggunakan  aplikasi  Whatsapp  untuk  sentiasa  berhubung  dan
               mengetahui keadaan semasa siswa guru.


               Sokongan Rakan

               Dapatan  menunjukkan  bahawa  responden  mencatatkan  min  4.51  dalam  mendapatkan

               sokongan rakan. Bacaan min ini adalah tinggi dan membuktikan bahawa siswa guru saling


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1119
   1132   1133   1134   1135   1136   1137   1138   1139   1140   1141   1142