Page 153 - e Prosiding Serai 2021
P. 153
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGARUH KONSEPSI, KECEKAPAN DAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH
TERHADAP KAEDAH BERMAIN DRAMATIK
1
Hafsah binti Jantan & Noryani binti Md Yusof 2
1,2 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Malaysia
1 hafsah@ipgm.edu.my; noryani@ipgm.edu.my
2
ABSTRAK
Matlamat kajian ini adalah menentukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru prasekolah
dalam menggunakan kaedah bermain dramatik di peringkat pendidikan awal kanak-kanak di
Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model konsepsi, kecekapan
dan motivasi guru prasekolah terhadap pengunaan kaedah bermain dramatik di peringkat
pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini adalah kajian tinjauan dengan
rekabentuk kuantitatif eksplanatori yang melibatkan soal selidik. Responden yang dilibatkan
dalam kajian ini seramai 898 guru prasekolah yang dipilih melalui persampelan rawak
berstrata berperingkat. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis
dengan model persamaan struktur. Kajian ini mendapati bahawa terdapat pengaruh yang
signifikan bagi konsepsi (0.08), kecekapan (0.33), dan motivasi (0.30) guru prasekolah
Semenanjung Malaysia terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik mereka. Kajian ini
mencadangkan satu model konsepsi, kecekapan, dan motivasi terhadap penggunaan kaedah
bermain dramatik yang boleh digunakan untuk meningkatkan dalam kemampuan pengajaran
bagi Guru Prasekolah Semenanjung Malaysia. Untuk menggunakan kaedah bermain
dramatik dalam pembelajaran, maka diperlukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi yang
tinggi daripada guru.
Kata Kunci: Konsepsi; Kecekapan; Motivasi; Kaedah Bermain Dramatik
PENGENALAN
Konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah dipercaya dapat berpengaruh terhadap
kaedah bermain dramatik kanak-kanak. Pengaruhnya berbeza ketika diuji secara berasingan
dengan diuji secara bersamaan dengan menggunakan model persamaan berstruktur
(structural equation model). Secara berasingan dari kecekapan dan motivasi, pengaruh
persepsi guru ke atas konteks pengajaran dan pembelajaran untuk memperkasakan
perkembangan kanak-kanak (Izumi et al., 2010) dan perhatian terhadap faktor sikap, motivasi,
minat dan konsepsi guru tentang kepentingan pendidikan prasekolah (Rosmah dan Mariani,
2013) adalah sebagai salah satu contoh. Kedua-dua kajian menunjukkan bahawa sikap, minat
dan konsepsi merupakan asas yang penting untuk membentuk konsepsi kanak-kanak belajar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 135

