Page 157 - e Prosiding Serai 2021
P. 157

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               menjalankan aktiviti dan tanggung jawab sebagai seorang guru sama ada sebagai pendidik
               mahupun sebagai pelaksana pengajaran di kelas.

                       Mengikut Deci dan Ryan (2000), proses pertumbuhan semulajadi, motivasi, autonomi,
               dan  kecekapan  disokong  oleh  konteks  sosial  termasuk  diri  sendiri,  persekitaran  dan
               masyarakat sekitar. Ini menunjukkan bahawa konteks sosial di mana pun seseorang berada

               akan  dipengaruhi  oleh  persekitaran mereka.  Maknanya,  motivasi  adalah  salah  satu faktor
               yang boleh dipengaruhi oleh konteks sosial.


               Kaedah Bermain Dramatik
               Kaedah bermain dramatik dalam kajian ini merujuk kepada teori yang dinyatakan oleh Sara

               Smilansky (1990) yang telah mengkaji teori kedua orang pakar terdahulu iaitu Piaget dan
               Vygotsky.  Sara  Smilansky  (1990)  mencadangkan  konsep  operasinya  sendiri  dengan
               menfokuskan  kajiannya  pada  kaedah  bermain  dramatik.  Sara  Smilansky  mendefinisikan

               kaedah bermain dramatik kepada 6 elemen iaitu (1) kanak-kanak berperanan dalam main
               pura-pura; (2) kanak-kanak menggunakan objek dan menukar objek itu kepada benda yang

               diperlukan  ketika  bermain;  (3)  kanak-kanak  menggunakan  tingkah  laku  dan  situasi  dalam
               main pura-pura; (4) ketekalan (persistence) sekurang-kurangnya 10 minit; (5) interaksi; dan
               (6) komunukasi lisan semasa berlakon mengikut situasi atau tempat. Smilansky mengatakan

               main dramatik melibatkan identifikasi, imitasi dan transformasi.
                       Kaedah  bermain  dramatik  (Smilansky,  1990)  dinamakan  pula  kaedah  bermain
               simbolik  mengikut  (Piaget,  1962)  dapat  ditakrifkan  sebagai  aktiviti  yang  bersesuaian  dan

               menarik  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  keseluruhan  peringkat  awal
               perkembangan kanak-kanak termasuk kanak-kanak di prasekolah. Kaedah bermain dramatik
               ini digunakan pula dalam kajian ini untuk mengenalpasti sama ada konsepsi, kecepakan dan

               motivasi  guru  prasekolah  memberi  impak  dalam  pelaksanaannya  yang  kemudian
               berpengaruh perkembangan kanak-kanak.


               KONSEPSI, KECEKAPAN DAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH TERHADAP KAEDAH
               BERMAIN DRAMATIK

               Kesatuan Dimensi atau Unidimensionality Konsepsi, Kecekapan dan Motivasi Kepada
               Kaedah Bermain Dramatik di Prasekolah Malaysia

                       Ujian  model  persamaan  struktur  bagi  mendapatkan  model  padanan  konsepsi

               (kepercayaan dan sikap), kecekapan (pengetahuan dan kemahiran), dan motivasi (ekstrinsik
               dan  intrinsik)  kepada  kaedah  bermain  dramatik  di  prasekolah  Malaysia  dilakukan  setelah
               didapati kesatuan dimensi atau unidimensionality antara konsepsi, kecekapan dan motivasi

               dengan  ujian  kepastian  faktor  atau  konstruk  secara  bersama-sama  untuk  menunjukkan
               kekuatan  sumbangan  setiap  indikator  kepada  konstruk  dan  pembolehubahnya,  seperti
               ditunjukkan pada Rajah 1 berikut ini.

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                139
   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162