Page 196 - e Prosiding Serai 2021
P. 196

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               METODOLOGI KAJIAN

               Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah seperti berikut :

               Soal Selidik
               Dalam  soal  selidik  ini  melibatkan  responden  yang  terdiri  daripada  50  orang  guru  mata

               pelajaran Bahasa Melayu di lima buah sekolah iaitu SK Sungai Samak, SJKC Yeong Seng,
               SK Khir Johari, SJKT Ladang Teluk Buloh dan SMK Khir Johari di daerah Bagan Datuk. Dua

               soal selidik ini melibatkan Persepsi Guru Tentang Penulisan Kriteria Kejayaan Program TS25
               dan Persepsi Guru Tentang Teknik ‘KeOPTC’ dalam Penulisan Kriteria Kejayaan Program
               TS25.


               Analisis Data

               Analisis data dilaksanakan berdasarkan soal selidik dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
               (PBD).  Soal  selidik  tersebut  ialah  Persepsi  Guru  Tentang  Penulisan  Kriteria  Kejayaan
               Program  TS25  dan  Persepsi  Guru  Tentang  Teknik  ‘KeOPTC’  dalam  Penulisan  Kriteria

               Kejayaan Program TS25. Analisis data Pelaporan PBD Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun
               2020  bagi  lima  buah  sekolah  digunakan  dalam  kajian  ini  bagi  melihat  perubahan  dalam

               pencapaian murid.

               Pemerhatian

               Pemerhatian terhadap sampel gambar hasil penulisan kriteria kejayaan guru sebelum dan
               selepas kajian turut digunakan dalam kajian ini. Sampel gambar ini melibatkan penulisan RPH

               yang menggunakan CIDS.


               DAPATAN KAJIAN


               Dapatan bagi kajian ini digambarkan seperti berikut :


                   1.  Berdasarkan Jadual dan Graf Rumusan Perbandingan Persepsi Guru Bahasa Melayu
                       Tentang Kriteria Kejayaan dan Teknik ‘KeOPTC’ dalam Penulisan Kriteria Kejayaan
                       Program TS25 seperti di Lampiran 1 menunjukkan bahawa bagi soalan 1 iaitu saya

                       dapat menyatakan maksud kriteria kejayaan seramai 2 (4%) orang guru sangat tidak
                       setuju, 18 (36%) orang guru tidak setuju dan 24 (48%) orang guru tidak pasti dan 6
                       (12%) orang guru setuju. Berlaku peningkatan apabila diperkenalkan Teknik ‘KeOPTC’

                       ini iaitu menjadi seramai 43 (86%) orang guru setuju dan 7 (14%) orang guru sangat
                       setuju.  Bagi soalan 2 iaitu saya dapat menyatakan persamaan antara kriteria kejayaan

                       dan objektif pembelajaran seramai 2 (4%) orang guru sangat tidak setuju, 14 (28%)
                       orang guru tidak setuju dan 31 (62%) orang guru tidak pasti dan 3 (6%) orang guru


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                178
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201