Page 194 - e Prosiding Serai 2021
P. 194

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               guru  dalam  menulis  kriteria  kejayaan  di  samping  meningkatkan  pencapaian  murid  dalam
               Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).


               SOROTAN LITERATUR

               Isu atau Masalah Lalu

               Antara  masalah  yang  dihadapi  oleh  guru  ialah  tidak  ada  panduan  khusus  dalam  menulis

               kriteria kejayaan dalam Program TS25. Hal ini disebabkan hanya terdapat panduan umum
               sahaja dalam Modul 3 : Menerajui Pembelajaran TS25. Justeru, guru-guru tidak jelas dalam
               penulisan kriteria kejayaan dan akibatnya timbul pelbagai cara menulis kriteria kejayaan yang

               tidak tepat. Menurut Leong, A.J.W. (2016 ) dalam Kertas Kerja Kriteria Kejayaan : Kompas
               Pembelajaran  Bahasa  Melayu  Pendidikan  Abad  21  halaman  1  hingga  30,  masalah  atau
               miskonsepsi  yang  dihadapi  oleh  guru-guru  ketika  menulis  kriteria  kejayaan  seperti  dalam

               gambar rajah di bawah.

                                       MISKONSEPSI OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP)
                                            DAN KRITERIA KEJAYAAN (KK)
                      Bil                             Penyataan                               X / √
                       1    OP dan KK ditulis dengan ayat yang sama                            X
                       2    OP dan KK disalin terus dari Huraian Sukatan / DSKP/ RPT           X
                            OP  ialah  Hasil  Pembelajaran  Umum  dan  KK  ialah  Hasil
                       3                                                                       X
                            Pembelajaran Khusus
                       4    OP ialah Fokus Utama dan KK ialah Fokus Sampingan                  X
                       5    OP dan KK tidak dapat diukur                                       X
                            OP dan KK tiada kaitan antara satu sama lain dan tidak relevan
                       6                                                                       X
                            dengan aktiviti
                            Perancangan aktiviti PdP tidak perlu merujuk kepada OP dan /
                       7                                                                       X
                            atau KK sebagai fokus utama
                                                                                                                  (Leong, A.J.W. 2016 )

               Definisi Konsep

               Atas dasar tidak ada panduan, kekeliruan dan ketidakjelasan guru ini, timbul penulisan kriteria
               kejayaan menggunakan Teknik ‘KeOPTC’. Teknik ‘KeOPTC’ dalam menulis kriteria kejayaan

               ini bermaksud adalah seperti di dalam gambar rajah di bawah.


                                                    Teknik ‘KeOPTC’

                       Ke                          Kekal

                       OP                          Objektif Pembelajaran

                       T                           Tambah

                       C                           Cara




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                176
   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199