Page 193 - e Prosiding Serai 2021
P. 193

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021
               PENGGUNAAN TEKNIK ‘KEOPTC’ MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KRITERIA
               KEJAYAAN GURU BAHASA MELAYU DI DAERAH BAGAN DATUK

                                                   Mohd Helmi Musa

                                        Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk
                                                helmimusa75@gmail.com




                                                       ABSTRAK


                       Penulisan kriteria kejayaan dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) bagi Program
               Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan salah satu komponen  yang sangat penting

               dalam  pengajaran  dan  pembelajaran.  Kajian  kuantitatif  ini  bertujuan  untuk  memberikan
               panduan  khusus  yang  jelas,  cepat,  tepat  dan  mudah  kepada  guru  dalam  menulis  kriteria

               kejayaan di samping meningkatkan pencapaian murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
               Responden terdiri daripada 50 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu di 5 buah sekolah
               di daerah Bagan Datuk yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Data dianalisis melalui

               soal selidik dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Kaedah pemerhatian terhadap
               sampel  gambar  hasil  penulisan  kriteria  kejayaan  guru  sebelum  dan  selepas  kajian  turut
               digunakan. Dapatan kajian apabila diperkenalkan Teknik ‘KeOPTC’ ini menunjukkan bahawa

               bagi soalan, saya dapat menyatakan maksud kriteria kejayaan meningkat menjadi seramai 43
               (86%) orang guru setuju dan 7 (14%) orang guru sangat setuju. Bagi soalan, saya dapat
               menulis kriteria kejayaan dengan tepat pula meningkat menjadi seramai 38 (76%) orang guru

               setuju dan 12 (24%) orang guru sangat setuju. Bagi soalan, saya mempunyai panduan khusus
               dalam menulis kriteria kejayaan seramai 34 (68%) orang guru setuju dan 16 (32%) orang guru

               sangat setuju. Dapatan kajian juga, berdasarkan salah satu Pelaporan PBD Bahasa Melayu
               di SK Sungai Samak Tahun 2020 bagi kelas 6 Ibnu Sina dalam Pentaksiran Akhir Tahun
               berlaku peningkatan menjadi seramai 8 (40%) orang murid TP4, 11 (55%) orang murid TP5

               dan  1 (5%)  orang murid TP6.  Kesimpulannya, Teknik  ‘KeOPTC’  dapat  dijadikan  panduan
               khusus kepada guru untuk menulis kriteria kejayaan dalam Program TS25 selari dengan Surat
               Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bilangan 3/1999.


               Kata kunci : Teknik ‘KeOPTC’, Kemahiran Menulis, Kriteria Kejayaan, SPI Bil.3/1999


               PENGENALAN

               Memang  tidak  dapat  dinafikan  bahawa  penulisan  kriteria  kejayaan  dalam  Rancangan

               Pelajaran Harian (RPH) bagi Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan salah
               satu komponen yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian kuantitatif
               ini bertujuan untuk memberikan panduan khusus yang jelas, cepat, tepat dan mudah kepada

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                175
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198