Page 195 - e Prosiding Serai 2021
P. 195
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Strategi Pelaksanaan
Berdasarkan gambar rajah di atas, cara-cara pelaksanaan Teknik ‘KeOPTC’ iaitu dengan
cara :
1. Mengekalkan objektif pembelajaran yang dihasratkan oleh guru.
2. Guru-guru perlu menambahkan objektif pembelajaran dengan cara yang digunakan
oleh guru dalam mencapai objektif pembelajaran.
3. Cara-cara yang boleh digunakan oleh guru dalam mencapai objektif pembelajaran
adalah seperti berikut :
i. Aktiviti-aktiviti dalam Pengajaran dan PembelajaranSebagai contoh aktiviti
PAK-21 seperti Hot Seat, Round Table, Think Paire Share, Stray and
Stay dan sebagainya.
ii. Kaedah-kaedah dalam Pentaksiran Sebagai contoh secara lisan, penulisan
dan pemerhatian.
iii. Kaedah-kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai contoh kaedah
Montekstual, Masteri, Didik Hibur, Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL),
Modular dan sebagainya.
Contoh Penulisan
Berikut merupakan contoh kriteria kejayaan yang ditulis menggunakan Teknik ‘KeOPTC’
seperti rajah di bawah.
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat :
i. membina sekurang-kurangnya lima ayat daripada kata
nama dengan tepat.
Kriteria Kejayaan : (Teknik ‘KeOPTC’)
Murid dapat :
i. membina sekurang-kurangnya lima ayat daripada
kata nama dengan tepat melalui aktiviti Think Paire Share.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 177

