Page 229 - e Prosiding Serai 2021
P. 229

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                  KAEDAH ‘MAMA PAPA’ DALAM MENINGKATKAN KELANCARAN MENGEJA DAN
                           MEMBACA PERKATAAN KV+KV MURID BERKEPERLUAN KHAS

                     Hjh. Junaidah binti Hj. Abd Malek , Hj. Bukhari bin Shafie , Azman bin Aris
                                                                                 2
                                                        1
                                                                                                   3

                                    1 Sekolah Kebangsaan Padang Pekan, Jitra, Kedah
                                  2,3 Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Darulaman
                                                  junmalek@gmail.com



                                                       ABSTRAK



               Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah ‘mama papa’ dalam
               membantu kelancaran mengeja dan membaca perkataan KV+KV murid berkeperluan khas.
               Kaedah ‘mama papa’ menggunakan gabungan huruf yang sama dalam suku kata pertama

               dan kedua. Fokus utama adalah kepada menggabung huruf vokal ‘a’ dan ‘o’ dengan huruf
               konsonan m, k, t, b, d, l dan c. Kajian ini akan melibatkan tiga orang peserta kajian, iaitu murid
               dari Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran di sebuah sekolah dalam Daerah Kubang Pasu,

               Jitra, Kedah. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, peserta kajian belum menguasai ejaan
               dan  bacaan  perkataan  suku  kata  terbuka.  Selain  itu  peserta  kajian  sangat  lemah  dalam
               membunyikan ejaan suku kata KVKV. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah pemerhatian

               dan latih tubi ejaan. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah
               menunjukkan  perkembangan  yang  memberangsangkan  dalam  kelancaraan  mengeja  dan

               membaca perkataan KVKV.  Dapatan tersebut memperlihatkan bahawa kaedah ‘mama papa’
               dapat meningkatkan kelancaran mengeja dan membaca perkataan KV+KV.


               Kata kunci: kaedah mama papa, menggabungkan huruf, membunyikan ejaan suku kata,
               penyelidikan tindakan



               PENGENALAN

               Pada  sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  (PdP)  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu  pengkaji

               mendapati tiga orang murid dari kelas Pendidikan Khas 4,  sukar mengeja dan membatang
               perkataan KVKV. Murid-murid ini telah mengenal hampir semua huruf namun masih belum
               menguasai sepenuhnya ejaan suku kata terbuka KV. Mereka juga didapati sukar mengeja

               dan membatang perkataan KVKV. Murid-murid ini dinamakan sebagai peserta kajian (PK1,
               PK2 dan PK3). PK1 telah mengenal semua huruf namun tidak dapat  mengeja perkataan
               KVKV. Dia juga tidak dapat mengeja suku kata KV, tidak boleh mengeja dan membatang

               perkataan KVKV.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                211
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234