Page 231 - e Prosiding Serai 2021
P. 231

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               METODOLOGI KAJIAN

               Menguasai  kemahiran  awal  membaca  bagi  murid-murid  berkeperluan  khas  merupakan

               objektif dasar kajian ini dilaksanakan. Demi mencapai objektif itulah fokus kajian ditumpukan
               kepada murid yang berada di peringkat awal mengenal sistem bacaan. Pada peringkat ini

               terdapat  beberapa  susunan  tugas  yang  perlu  dilakukan  iaitu  mengecam  atau  mengenal
               lambang atau perkataan yang dilihat. Seterusnya mengaitkan lambang itu dengan bunyi atau
               makna (Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1996). Berdasarkan pemerhatian

               perkembangan pembelajaran, pengkaji mendapati mereka sukar mengeja dan membatang
               perkataan suku kata terbuka. Mereka juga selalu menukar bunyi ejaan suku kata dan sukar
               mencantum suku kata KV+KV. Selalunya mereka akan lupa bunyi suku kata pertama dan

               tidak dapat mencantumkan suku kata pertama dan kedua dengan betul. Ini bermakna, mereka
               belum  dapat  menterjemah  bunyi  suku  kata  pertama  dengan  menghubungkaitkan  dengan
               bunyi yang diingat dan mencantumkan dengan suku kata kedua untuk membentuk perkataan

               yang bermakna.
                       Sehubungan itu, pengkaji telah merangka satu kaedah bagi membantu peserta kajian

               ini. Kaedah yang diberi nama “mama papa” digunakan dalam latih tubi ejaan dan membatang
               perkataan  KVKV.  Kaedah  ini  dapat  melatih  kelancaran  peserta  kajian  menyebut  dan
               mengingat suku kata pertama dan seterusnya dapat mencantumkan dengan suku kata kedua

               untuk disebut sebagai satu perkataan yang bermakna pada akhirnya. Kaedah ini juga dapat
               melancarkan lidah murid-murid pada permulaan asas ejaan dan bacaan. Penggunaan suku

               kata yang pertama dan kedua yang sama membantu pengkaji memupuk minat peserta kajian
               kepada kemahiran membaca.


               Kaedah ini dibahagikan kepada tiga langkah.









                              Rajah 1 : Kad suku kata Kaedah “mama papa”

               Langkah pertama, murid dibimbing membaca kad bacaan.
                     i.   Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal a.

                     ii.  Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal o.
                     iii.  Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal a dan o.
                     iv.  Murid mengeja dan membaca perkataan.

                     v.    Murid menyebut perkataan tanpa mengeja.

               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                213
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236