Page 29 - e Prosiding Serai 2021
P. 29

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                       PEMAHAMAN NILAI DALAM PROSA TRADISIONAL MELAYU: ANALISIS
                                                    METAKOGNITIF

                                                   Zulkifli Mohd Top

                                             SBPI Sabak Bernam, Selangor
                                                  zultopen@yahoo.com



                                                       ABSTRAK


               Kesedaran metakognitif dapat meningkatkan daya berfikir murid kepada kemahiran berfikir

               aras tinggi. Murid-murid yang menguasai metakognisi mempunyai kemahiran memilih strategi
               dan teknik pembelajaran yang berkesan dan tepat. Bilangan responden yang digunakan ialah

               150 orang yang terdiri daripada 75 orang murid Tingkatan Empat dan Lima Sains Tulen dan
               75 orang Sains Agama daripada sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam. Hasil dapatan
               menunjukkan murid di sekolah menengah Sabak Bernam mempunyai kesedaran metakognitif

               pada  tahap  tinggi  dalam  melaksanakan  aktiviti  pemahaman  nilai  dalam  prosa  tradisional
               Melayu. Namun, dari aspek penilaian tahap kesedaran metakognitif murid berada pada tahap
               sederhana. Hasil temu bual menunjukkan murid mempunyai kesedaran metakognitif pada

               tahap sedar dan sangat sedar dalam dimensi regulasi kognisi perancangan, pemantauan dan
               strategi  debugging,  namun  begitu  sebahagian murid  berada  pada tahap  sederhana  sedar
               dalam  dimensi  pengurusan  maklumat  dan  penilaian.  Hasil  ujian-t  menunjukkan  terdapat

               perbezaan min yang signifikan antara kesedaran metekogntiif dalam kalangan murid sains
               tulen dengan sains agama. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan min

               positif yang signifikan antara kesedaran metakognitif dengan pencapaian murid dalam aktiviti
               pemahaman nilai prosa tradisional Melayu. Dapatan ini memberikan alternatif terhadap corak
               pengajaran pelajar sains tulen dan sains agama.


               Kata  kunci:  strategi  metakognitif,  prosa  tradisional,  pemahaman  nilai,  Model  Kesedaran
               Metakognitif


               PENGENALAN


               Pemahaman nilai merupakan suatu pemahaman yang amat kompleks dan perlu diberikan
               perhatian  di  dalam  bilik  darjah.  Nilai  merupakan  keutamaan  peribadi  berkaitan  piawai

               (standard) individu untuk mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara bagi
               mereka sendiri untuk berfikir dan bertindak (Abdul Jalil Othman (2014).   Di samping itu, nilai

               merupakan  cerminan  individu  dan  masyarakat  (Tan,  1997).  Keadaan  ini  bermakna,  nilai
               merupakan  cerminan  konseptual  dan  emosi,  suatu  jalan  bagi  membolehkan  seseorang
               menilai  atau  melihat  bergunanya  sesuatu  benda,  tindakan  atau  matlamat.  Dalam  konteks


                 e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     11
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34