Page 262 - e Prosiding Serai 2021
P. 262
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pendekatan pendidikan STEM.
4. Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan antara guru pelatih Sains dan bukan
Sains terhadap pendekatan pendidikan STEM.
5. Mengenal pasti hubungan antara kesediaan guru pelatih dengan aspek
pengetahuan dan sikap.
6. Mengenal pasti pengaruh faktor pengetahuan dan sikap terhadap tahap kesediaan
pendekatan pendidikan STEM.
METODOLOGI KAJIAN
Persampelan Kajian
Sampel kajian ini adalah merujuk kepada guru-guru pelatih kursus Sains dan bukan Sains
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu yang telah menjalani
praktikum selama dua fasa dan bakal mengajar di sekolah rendah. Sampel kajian dipilih
secara persampelan rawak berlapis secara kuota daripada sub-sub sampel opsyen iaitu
Sains, TESL dan Pengajian Melayu. Bilangan dalam setiap sub-sampel opsyen ditentukan
terlebih dahulu sebelum pemilihan untuk setiap sub-sampel dari sub-populasinya dibuat
secara rawak dan berasingan melalui jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan.
Terdapat seramai 36 orang guru pelatih kursus Sains dan TESL dan 14 orang guru pelatih
Pengajian Melayu di IPGKDRI.
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan soal selidik berbentuk elektronik dengan 48 item instrumen yang
melibatkan skala sela. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A
berkaitan maklumat demografi, Bahagian B merujuk kepada tahap pengetahuan
melaksanakan pendekatan STEM manakala Bahagian C dan D pula masing-masing
melihat tahap sikap dan kesediaan guru pelatih terhadap pendekatan pembelajaran STEM.
Kesahan dan Kebolehpecayaan
Sekumpulan panel rujukan dibentuk untuk menentukan kesahan kandungan bagi skop dan
objektif kajian ini. Manakala bagi kesahan luaran pula, responden yang dipilih mempunyai
ciri yang sama dengan kumpulan pada dunia sebenar iaitu guru pelatih sekolah rendah.
Seterusnya, tahap kebolehpercayaan diukur melalui pengiraan nilai pekali Alfa Cronbach
dan mendapati nilai pekali Alfa berada antara nilai indeks 0.996 hingga 0.999.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 244

