Page 283 - e Prosiding Serai 2021
P. 283

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  pembelajaran guru di semua peringkat terutama dalam menerapkan PLC di dalam kelas
                  (Keay et al., 2019).
                         Bagi  mencapai  tujuan  di  atas,  pihak  pentadbir  sekolah  perlu  mengambil  lebih

                  banyak  inisiatif  untuk  mengembangkan  potensi  kepemimpinan  dalam  kalangan  guru
                  (Wagner  &  Parra,  2019).  Kesedaran  mengenai  peranan  aktif  guru  dalam  PLC  adalah

                  petunjuk  kejayaan  sesebuah  sekolah.  Kesedaran  ini  menyebabkan  pemimpin  sekolah
                  menghargai  guru  sebagai  pembangun  pengetahuan  dan  bukannya  sebagai  penyedia
                  perkhidmatan (Imant & Van der Wal, 2020); guru adalah pakar, pembuat keputusan dan

                  ejen pengembangan dan pertumbuhan profesional mereka (Lopes & D ’Ambrosio, 2016).
                  Oleh itu, guru perlu mengalihkan tumpuan mereka untuk mengajar kepada pembelajaran.

                  Guru  bekerja  secara  berpasukan  bagi  membina  pengetahuan  bagi  meningkatkan
                  pembelajaran murid.
                         Guru boleh menganggap aktiviti bilik darjah sebagai domain tradisional guru. Guru

                  meneroka  pengajaran  baharu  dan  proaktif  mengambil  inisiatif  yang  membawa  kepada
                  pembelajaran berkesan. Kesimpulannya, guru bukanlah faktor yang menyebabkan sesuatu
                  tetapi bertindak sebagai pelakon dalam pelaksanaan PLC (Imant & Van der Wal, 2020).

                  Selain itu kerjasama antara guru juga diwujudkan seperti dalam latihan perkembangan staf
                  untuk meningkatkan pengetahuan bagi menambahkan kemahiran pengajaran.


                  KESIMPULAN KAJIAN

                  Dapatan  temu  bual  yang  dijalankan  menunjukkan  guru  bersetuju  bahawa  amalan

                  pembelajaran  secara  kolektif  dilaksanakan  di  sekolah.  Guru-guru  berjaya  membina
                  hubungan yang baik sesama mereka dan secara kolektif bekerjasama dalam meningkatkan
                  pengetahuan  dan  kemahiran  PdP.  Perbincangan  yang  diadakan  antara  guru-guru  dan

                  analisis  pelbagai  sumber  data  termasuk  selepas  menduduki  peperiksaan  dapat
                  meningkatkan  keberkesanan  dalam  amalan  pengajaran.  Kajian  ini  bertepatan  dengan
                  kajian yang dijalankan oleh pengkaji awal PLC.

                         Merujuk dapatan kajian di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa amalan kerja
                  berpasukan dalam PLC telah dilaksanakan di sekolah. Tetapi, kefahaman tentang konsep

                  dan pelaksanaan PLC adalah kurang.   Berdasarkan temu bual bersama tiga orang guru,
                  hubungan baik dalam panitia berjaya meningkatkan pengetahuan dan pengetahuan guru.
                  Guru juga berkongsi bahan mengajar. Cuma penglibatan semua pihak seperti mengikut

                  bidang  masih  kurang.  Setelah  selesai  menjalani  pentaksiran  dan  peperiksaan,  semua
                  panitia dan bidang berbincang bagi mengatasi masalah atau isu kelemahan murid. Dapatan

                  kajian juga menunjukkan, pihak sekolah sentiasa menyokong pelaksanaan PLC walaupun
                  pelaksanaannya masih tidak dijadikan budaya.



                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                265
   278   279   280   281   282   283   284   285   286   287   288