Page 288 - e Prosiding Serai 2021
P. 288

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  prasekolah.    Pembolehubah  serentak  yang  dilaksanakan  dalam  kajian  ini  memberi
                  sumbangan  dan  sokongan  kuat  terhadap  guru  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di
                  prasekolah  Malaysia.  Selain  itu,  dapatan  kajian  ini  dapat  menjadi  bahan  dalam

                  membangunkan  konsepsi  dan  kecekapan  serta  motivasi  guru  prasekolah  terhadap
                  perkembangan kanak-kanak secara holistik.



                  KAJIAN TINJAUAN

                  Konsepsi

                         Istilah  konsepsi  mengikut  teori  Rokeach  (1973)  ialah  tindak  balas  ke  atas  satu
                  fenomena,  sedangkan  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  menyatakan  bahawa  konsepsi  ialah

                  makna yang spesifik berkaitan dengan fenomena yang menjadi perantara tindak balas ke
                  atas situasi yang melibatkan fenomena itu, yang didasari oleh sikap, kepercayaan, niat, dan
                  tingkah laku terhadap fenomena itu. Pratt (1992) menyatakan bahawa konsepsi merupakan

                  satu kepercayaan yang mempengaruhi persepsi guru terhadap pengajaran serta tindakan
                  dan  terbentuk  dalam  jangka  masa  yang  lama  yang  menjadi  satu  model  kepada  guru.
                  Berdasarkan ketiga-tiga pakar (Rokeach, 1973); Fishbein dan Ajzen, 1975; Pratt, 1992), ia

                  dapat disimpulkan bahawa konsepsi adalah tindak balas seseorang yang terbentuk lama
                  dan didasari oleh fenomena yang berlaku di persekitaran mereka dengan melibatkan sikap,
                  kepercayaan,  niat  dan  tingkah  laku.  Kajian  ini  merujuk  kepada  model  konsepsi  oleh

                  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  untuk  mengkaji  konsepsi  guru  prasekolah  secara  spesifik
                  terhadap pengajaran main dalam kalangan kanak- kanak.

                         Kepercayaan mengikut Fishbein dan Ajzen (1975) ialah cara pandang bersepadu
                  antara  sesuatu  objek  dengan  sifat-sifat  objek  itu.  Istilah  kepercayaan  dalam  kajian  ini
                  merujuk  kepada  Fishbein  dan  Ajzen  (1975).  Mengikut  mereka,  kepercayaan  ialah  cara

                  memandang  sesuatu  objek  dengan  menghubungkannya  dengan  sifat  objek  itu  dan
                  seterusnya  diberi  penilaian.  Dalam  kajian  ini,  kepercayaan  guru  merujuk  kepada

                  kepercayaan  mereka  menjalankan  tugas  dan  tanggungjawab  sebagai  guru  termasuk
                  terhadap penggunaan kaedah main di dalam kelas khususnya di prasekolah.
                         Sikap  mengikut  Fishbein  dan  Ajzen  (1975)  adalah  kecenderungan  belajar  untuk

                  bertindak balas dengan cara yang konsisten sama ada memihak ataupun tidak memihak
                  berkenaan  dengan  objek  yang  diberikan.  Kajian  ini  merujuk  kepada  konsep  teori  yang
                  dinyatakan oleh Fishbein dan Ajzen (1975). Sikap guru terhadap proses pengajaran dan

                  pembelajarannya  perlu  difahami  sama  ada  menyokong  ataupun  tidak  menyokong
                  perkembangan kanak-kanak di prasekolah.







                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                270
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293