Page 289 - e Prosiding Serai 2021
P. 289
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kecekapan
Kecekapan guru ialah salah satu elemen yang penting dalam pembangunan profesional
khususnya untuk bidang pendidikan awal kanak. Maknanya ialah semua guru pendidikan
kanak-kanak harus mempunyai kecekapan bagi memenuhi keperluan perkembangan
kanak-kanak yang diperlukan. Menurut Bellm (2005), kecekapan ialah memberi tumpuan
kepada apa yang guru perlu tahu dan lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah
sempurna dan cukup bersedia untuk mendidik dan menjaga kanak-kanak. Menurut beliau
lagi, kecekapan terdiri dari dua bahagian penting iaitu pengetahuan dan kemahiran. Fokus
kajian ini adalah kecekapan guru prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya terhadap penggunaan kaedah main dramatik di prasekolah.
Shulman (1987) membahagikan pengetahuan tentang pengetahuan konten dan
pengetahuan ilmu mendidik, yang seterusnya boleh dibahagi lagi ke dalam pengetahuan
konten biasa dan pengetahuan konten khusus atau pengetahuan konten pelajar dan
pentahuan konten pengajaran. Bellm (2005) secara khususnya menyatakan pengetahuan
ialah pengetahuan tentang cara kanak-kanak belajar, tentang cara subjek akademik
dipelajari dan ditaksir, guru tentang cara mereka bentuk pendidikan awal kanak-kanak dan
bagaimana guru melaksanakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak.
Kemahiran mengikut Bellm (2005) ialah tahap kesediaan dan kemampuan untuk
mendidik dan menjaga kanak-kanak. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Halimah (2006) dalam kajiannya
menyimpulkan bahawa kemahiran guru ialah kemampuan guru mengajar dengan tidak
membosankan dengan memberi banyak peluang bagi pelajarnya (kanak-kanak) untuk
menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan bahkan mempunyai intonasi
suara yang baik. Dengan kemahiran itu, guru mampu menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyenangkan dengan pelbagai kaedah pengajaran termasuk
penggunaan kaedah main dramatik.
Motivasi
Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan dapat mengekalkan tingkah
laku seseorang, menyebabkan individu bergerak, mengarah mereka ke suatu arah tertentu
dan membuatkan mereka terus bergerak, termasuk dalam menjalankan proses mengajar
dan belajar (Deci dan Ryan, 2000; 2001; Tileston dan Walker, 2004; Atiya dan Palwasa,
2012; Alam dan Farid, 2011; Gokce, 2010; Wagner, 2010).
Istilah motivasi dalam kajian ini merujuk kepada teori motivasi yang diungkapkan
oleh Deci dan Ryan (2000; 2001) dan Tileston & Walker (2004) bahawa motivasi manusia
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 271

