Page 290 - e Prosiding Serai 2021
P. 290
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ialah aspek yang perlu memperoleh pemahaman melalui pertimbangan keperluan psikologi
semula jadi bagi kecekapan, autonomi, dan keberhubungannya.
Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000; 2001) adalah titik awal yang
diperlukan dalam menjalankan aktiviti yang ditentukan sendiri (self-determined activity).
Mempunyai motivasi intrinsik bererti mempunyai potensi besar untuk melakukan dengan
tingkah laku self-regulated atau autonomi. Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000;
2001) ialah berupa ganjaran, maklum balas, dan tekanan yang bersumber dari dalam diri
seseorang sebagai faktor-faktor yang menjejaskan autonomi dan kecekapan mereka dalam
menjalankan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, motivasi instrinsik guru ialah titik permulaan untuk
menjalankan aktiviti dan tanggung jawab sebagai seorang guru sama ada sebagai pendidik
mahupun sebagai pelaksana pengajaran di kelas.
Mengikut Deci dan Ryan (2000), proses pertumbuhan semulajadi, motivasi,
autonomi, dan kecekapan disokong oleh konteks sosial termasuk diri sendiri, persekitaran
dan masyarakat sekitar. Ini menunjukkan bahawa konteks sosial di mana pun seseorang
berada akan dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Maknanya, motivasi adalah salah satu
faktor yang boleh dipengaruhi oleh konteks sosial.
Kaedah Bermain Dramatik
Kaedah bermain dramatik dalam kajian ini merujuk kepada teori yang dinyatakan oleh Sara
Smilansky (1990) yang telah mengkaji teori kedua orang pakar terdahulu iaitu Piaget dan
Vygotsky. Sara Smilansky (1990) mencadangkan konsep operasinya sendiri dengan
menfokuskan kajiannya pada kaedah bermain dramatik. Sara Smilansky mendefinisikan
kaedah bermain dramatik kepada 6 elemen iaitu (1) kanak-kanak berperanan dalam main
pura-pura; (2) kanak-kanak menggunakan objek dan menukar objek itu kepada benda yang
diperlukan ketika bermain; (3) kanak-kanak menggunakan tingkah laku dan situasi dalam
main pura-pura; (4) ketekalan (persistence) sekurang-kurangnya 10 minit; (5) interaksi; dan
(6) komunukasi lisan semasa berlakon mengikut situasi atau tempat. Smilansky
mengatakan main dramatik melibatkan identifikasi, imitasi dan transformasi.
Kaedah bermain dramatik (Smilansky, 1990) dinamakan pula kaedah bermain
simbolik mengikut (Piaget, 1962) dapat ditakrifkan sebagai aktiviti yang bersesuaian dan
menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam keseluruhan peringkat awal
perkembangan kanak-kanak termasuk kanak-kanak di prasekolah. Kaedah bermain
dramatik ini digunakan pula dalam kajian ini untuk mengenalpasti sama ada konsepsi,
kecepakan dan motivasi guru prasekolah memberi impak dalam pelaksanaannya yang
kemudian berpengaruh perkembangan kanak-kanak.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 272

