Page 287 - e Prosiding Serai 2021
P. 287

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  faktor sikap, motivasi, minat dan konsepsi guru tentang kepentingan pendidikan prasekolah
                  (Rosmah  dan  Mariani,  2013)  adalah  sebagai  salah  satu  contoh.  Kedua-dua  kajian
                  menunjukkan  bahawa  sikap,  minat  dan  konsepsi  merupakan  asas  yang  penting  untuk

                  membentuk konsepsi kanak-kanak belajar. Eisner (1992) menyatakan bahawa konsepsi
                  guru berkait rapat dengan konsepsi pelajar dalam belajar.

                         Rosmah  dan  Mariani  (2013)  mendapati  salah  satu  faktor  utama  bagi  guru
                  prasekolah sebagai pelaksana utama kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK)
                  adalah  kerisauan  dalam  awal  pelaksanaan  kurikulum  tersebut.  Kerisauan  itu  menurut

                  Rosmah dan Mariani (2013) berlaku kerana kurangnya perhatian terhadap faktor sikap,
                  motivasi, minat dan konsepsi guru tentang kepentingan perkembangan kanak-kanak pada

                  pendidikan  prasekolah.  Sikap  menjadi  elemen  tersendiri  atau  ianya  bukanlah  menjadi
                  bahagian  atau  elemen  yang  membentuk  konsepsi  guru  dalam  menjalankan  proses
                  pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini mengkaji sikap dan kepercayaan sebagai

                  elemen  dari  konsepsi  guru  dalam  pelaksanaan  KSPK  di  Malaysia.  Dapatan  kajian  ini
                  diharapkan  mengisi  jurang  aspek  konsepsi  guru  yang  wujud  dalam  pengajaran  dan
                  pembelajaran di prasekolah. Kedua-dua elemen sikap dan kepercayaan mengikut kajian

                  Stipek  dan  Byler  (1997)  dan  Nelson  (2000)  berkolerasi  secara  positif  terhadap  pilihan
                  amalan kelas guru prasekolah.
                         Selain itu, kajian ini melibatkan kecekapan mengajar guru yang terdiri dari elemen

                  pengetahuan dan kemahiran kerana kecekapan mengajar guru dinyatakan sebagai salah
                  satu elemen penting bagi mewujudkan profesionalisme guru dalam menjalankan proses

                  pengajaran  dan  pembelajaran  di  prasekolah  (Knowles,  1970;  Van  Driel  et  al.,  1999).
                  Kecekapan ini dikaji secara berasingan dengan konsepsi dan motivasi. Sehubungan itu,
                  Khalid  et  al.  (2009)  menekankan  bahawa  kemahiran  dan  pengetahuan  yang  mantap

                  tentang  perkembangan  kanak-kanak  dan  pedagogi  pendidikan  awal  kanak-kanak  perlu
                  diberi keutamaan dalam pemilihan guru prasekolah bagi menjamin profesonalisme guru.

                         Seterusnya, mengikut kajian Zakiah et al. (2011), Halimah (2006) motivasi guru ikut
                  mempengaruhi motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran. Olehnya itu, guru prasekolah
                  perlu  memenuhi  minat  dan  keperluan  mereka.  Untuk  memenuhi  keperluan  dan  minat

                  mereka, guru perlu pula memiliki motivasi mengajar yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk
                  mengisi jurang tentang motivasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di
                  prasekolah.  Dengan  memahami  sebab-sebab  rendahnya  motivasi  guru,  minat  dan

                  keperluan kanak-kanak boleh dipertingkatkan dalam proses belajar mereka.
                         Kajian-kajian lepas menunjukkan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru secara
                  berasingan berpengaruh terhadap kaedah main dramatik kanak-kanak, Oleh itu, kajian ini

                  mengisi  jurang  tersebut  dengan  mengkaji  pengaruh  secara  serentak  bagi  konsepsi,
                  kecekapan,  dan  motivasi  guru  dalam  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  di



                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                269
   282   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292