Page 291 - e Prosiding Serai 2021
P. 291

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  KONSEPSI,  KECEKAPAN  DAN  MOTIVASI  GURU  PRASEKOLAH  TERHADAP
                  KAEDAH BERMAIN DRAMATIK


                  Kesatuan Dimensi atau Unidimensionality Konsepsi, Kecekapan dan Motivasi
                  Kepada Kaedah Bermain Dramatik di Prasekolah Malaysia
                  Ujian model persamaan struktur bagi mendapatkan model padanan konsepsi (kepercayaan

                  dan sikap), kecekapan (pengetahuan dan kemahiran), dan motivasi (ekstrinsik dan intrinsik)
                  kepada  kaedah  bermain  dramatik  di  prasekolah  Malaysia  dilakukan  setelah  didapati
                  kesatuan dimensi atau unidimensionality antara konsepsi, kecekapan dan motivasi dengan

                  ujian kepastian faktor atau konstruk secara bersama-sama untuk menunjukkan kekuatan
                  sumbangan setiap indikator kepada konstruk dan pembolehubahnya, seperti ditunjukkan
                  pada Rajah 1 berikut ini.










































                  Rajah  1:  Dapatan  Ujian  Kesatuan  Dimensi  Antara  konsepsi,  kecekapan  dan  motivasi
                  terhadap kaedah bermain dramatic


                         Rajah  1  menunjukkan model  pengukuran keseluruhan  yang  merangkumi  semua
                  konstruk termasuk seluruh item yang diuji untuk mencapai kepadanan. Permulaan model

                  mempunyai  4  konstruk  utama,  iaitu  ‘Konsepsi’,  ‘Kecekapan’,  ‘Motivasi’  dan  ‘Bermain
                  Dramatik’  bersama  sejumlah  24  item.  Nilai  indeks  untuk  Chisq/Df  ialah  sebanyak  2.94
                  sudah mencapai tahap yang diperlukan iaitu di bawah 5.0. Begitu juga bagi indeks CFI dan

                  RMSEA masing-masing bernilai 0.913 dan 0.078. Jika indeks kepadanan belum mencapai

                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                273
   286   287   288   289   290   291   292   293   294   295   296