Page 286 - e Prosiding Serai 2021
P. 286
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGARUH KONSEPSI, KECEKAPAN DAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH
TERHADAP KAEDAH BERMAIN DRAMATIK
1
Hafsah binti Jantan & Noryani binti Md Yusof 2
1,2 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Malaysia
1 hafsah@ipgm.edu.my; noryani@ipgm.edu.my
2
ABSTRAK
Matlamat kajian ini adalah menentukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru
prasekolah dalam menggunakan kaedah bermain dramatik di peringkat pendidikan awal
kanak-kanak di Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model
konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah terhadap pengunaan kaedah bermain
dramatik di peringkat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini adalah kajian
tinjauan dengan rekabentuk kuantitatif eksplanatori yang melibatkan soal selidik.
Responden yang dilibatkan dalam kajian ini seramai 898 guru prasekolah yang dipilih
melalui persampelan rawak berstrata berperingkat. Data dikumpulkan dengan
menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan model persamaan struktur. Kajian ini
mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan bagi konsepsi (0.08), kecekapan
(0.33), dan motivasi (0.30) guru prasekolah Semenanjung Malaysia terhadap penggunaan
kaedah bermain dramatik mereka. Kajian ini mencadangkan satu model konsepsi,
kecekapan, dan motivasi terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik yang boleh
digunakan untuk meningkatkan dalam kemampuan pengajaran bagi Guru Prasekolah
Semenanjung Malaysia. Untuk menggunakan kaedah bermain dramatik dalam
pembelajaran, maka diperlukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi yang tinggi daripada
guru.
Kata Kunci: Konsepsi; Kecekapan; Motivasi; Kaedah Bermain Dramatik
PENGENALAN
Konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah dipercaya dapat berpengaruh
terhadap kaedah bermain dramatik kanak-kanak. Pengaruhnya berbeza ketika diuji secara
berasingan dengan diuji secara bersamaan dengan menggunakan model persamaan
berstruktur (structural equation model). Secara berasingan dari kecekapan dan motivasi,
pengaruh persepsi guru ke atas konteks pengajaran dan pembelajaran untuk
memperkasakan perkembangan kanak-kanak (Izumi et al., 2010) dan perhatian terhadap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 268

