Page 294 - e Prosiding Serai 2021
P. 294

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021
                  Pengaruh Konsepsi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


                  Konsepsi guru berdasarkan jadual 1 nombor 1 pada kajian ini cenderung mempengaruhi
                  pelaksanaan kaedah bermain dramatik mereka pada pendidikan kanak-kanak prasekolah
                  di  Malaysia.  Ertinya,  semakin  baik  konsepsi  guru,  semakin  baik  pula  mereka  dalam

                  menjalankan kaedah bermain dramatik di kelas. Ini menunjukkan pula bahawa konsepsi
                  adalah amat penting bagi guru dalam menjalankan penggunaan kaedah pengajaran dan

                  pembelajaran  khususnya  dalam  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  di  pendidikan
                  kanak-kanak prasekolah.
                         Menurut kajian Izumi et al. (2010) yang menyatakan bahawa konsepsi guru memberi

                  kesan  kepada  pembelajaran  kanak-kanak  prasekolah.  Mereka  menyimpulkan  bahawa
                  konsepsi yang baik oleh guru memberi kesan positif terhadap pengalaman pembelajaran
                  kanak-kanak  prasekolah.  Kepercayaan  juga  perlu  menjadi  salah  satu  fokus  keperluan

                  dalam meningkatkan pelaksanaan kaedah bermain dramatik pada pendidikan awal kanak-
                  kanak  di  Malaysia.  Bahkan  kepercayaan  guru  boleh  menjadi  kekuatan  mereka  dalam
                  pengambilan keputusan tentang kurikulum dan amalannya di dalam kelas. Ini bermakna

                  bahawa kepercayaan guru cenderung memberikan kekuatan tersendiri dalam menjalankan
                  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  termasuk  dalam  menggunakan  kaedah  bermain

                  dramatik.

                  Pengaruh Kecekapan Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


                  Keputusan  kajian  menunjukkan  bahawa  kecekapan  guru  berpengaruh  terhadap

                  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  pada  pendidikan  prasekolah  di  Semenanjung
                  Malaysia. Ini bermakna bahawa semakin baik kecekapan guru, maka semakin baik pula
                  cara  penggunaan  kaedah  bermain  dramatik  yang  dijalankan  bagi  kanak-kanak  di

                  prasekolah. Kecekapan guru yang baik menunjukkan guru mempunyai kesediaan yang baik
                  dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai guru di mana pun guru itu mengajar
                  termasuk guru yang mengajar di prasekolah. Kecekapan guru menunjukkan kesanggupan,

                  kemampuan  dan  keterampilan  guru  yang  baik  itu  dapat  mempengaruhi  menggunakan
                  kaedah bermain dramatik mereka menjadi lebih baik. Ertinya, kecekapan yang baik dari

                  guru  akan  menyokong  pekerjaan  yang  dilakukannya,  termasuk  menjalankan  kaedah
                  bermain  dramatik  sebagai  bahagian  dari  pekerjaan,  tugas  dan  tanggung  jawab  guru
                  prasekolah.








                  e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                276
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299