Page 295 - e Prosiding Serai 2021
P. 295
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pengaruh Motivasi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik
Kajian ini menunjukkan motivasi guru prasekolah di Semenanjung Malaysia mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Apabila
dihubungkaitkan dengan teori Deci dan Ryan (2000), maka keinginan atau kesanggupan
yang kuat yang dimiliki oleh guru prasekolah di Malaysia, penggunaan kaedah bermain
dramatik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan
berjaya.
Dapatan kajian ini menyokong pula kajian lepas oleh Mustafa dan Othman (2010)
yang menyimpulkan bahawa motivasi guru berpengaruh terhadap apa yang di jalankan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Motivasi guru perlu terus ditingkatkan untuk
mengikuti perkembangan global yang turut berpengaruh pada perkembangan kehidupan
masyarakat termasuk di Malaysia.
Keputusan kajian menunjukkan pula bahawa kedua-dua motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik memberi sumbangan atau sokongan kepada pembentukan motivasi
guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah di
Semenanjung Malaysia.
CADANGAN DAN IMPLIKASI
Cadangan
Dapatan kajian memberikan gambaran konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah
di Semenanjung Malaysia terhadap kaedah bermain dramatik. Kedua-dua sub-elemen
konsepsi iaitu kepercayaan dan sikap adalah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsepsi guru dibentuk oleh kepercayaan dan sikap mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun di antara keduanya, sikap memberi
sumbangan yang lebih besar dalam membentuk konsepsi yang baik bagi guru yang
seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Oleh itu,
guru prasekolah perlu memberi fokus utama kepada pengembangan kepercayaan dan
sikap yang berterusan. Oleh itu, kedua-duanya perlu terus ditingkatkan untuk membantu
guru meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri mereka dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kecekapan guru prasekolah dalam menjalankan kaedah bermain dramatik adalah
penting. Semakin tinggi kecekapan guru adalah semakin berpotensi untuk menjalankan
kaedah bermain dramatik lebih berjaya. Kecekapan dalam kajian ini dibentuk oleh
pengetahuan dan kemahiran guru. Kedua-dua sub-elemen kecekapan iaitu pengetahuan
dan kemahiran adalah penting dan perlu bagi guru prasekolah menjalankan tanggung
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 277

