Page 30 - e Prosiding Serai 2021
P. 30

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               masyarakat pula, nilai merupakan sebahagian daripada budaya bagi sesuatu komuniti, yang
               membantu memandu jalan bagi tindakan ahlinya dalam perhubungan: sesama ahli dalam

               komuniti; antara komuniti dengan komuniti lain; antara komuniti dengan persekitaran yang
               hidup  atau  yang  bukan hidup.  Nilai  membentuk  asas  bagi  pemilihan  tindakan  serta  sikap
               seseorang ke atas seseorang yang lain dan dunia keseluruhannya.


               OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


               Objektif kajian ini adalah untuk meninjau kesedaran metakognitif murid sekolah menengah
               dalam aktiviti pemahaman metanilai teks kesusasteraan Melayu dari dimensi regulasi kognisi
               iaitu merancang, strategi mengurus maklumat, memantau pemahaman, strategi ‘debugging’

               dan menilai. Dimensi ini mengambil cadangan elemen daripada Model Metakognitif Dennis
               dan Schraw (1994).


               Soalan kajian ini ialah:


                   1.  Adakah  terdapat  perbezaan  kesedaran  metakognitif  antara  pelajar    (sains  tulen  )
                       dengan pelajar tingkatan empat (Sains Agama)?
                   2.  Adakah  terdapat hubungan antara kesedaran metakognitif dengan penilaian pelajar

                       dalam aktiviti pemahaman nilai dalam puisi tradisional Melayu?



               SOROTAN LITERATUR

               Dalam konteks kajian pemahaman nilai dalam puisi tradisional Melayu, konstruk metakognisi

               dirujuk  sebagai  mewakili  pengetahuan  individu  tentang  keadaan  dan  proses  pemikiran
               mereka sendiri serta kebolehan mereka mengawal dan mengubah suai keadaan dan proses
               tersebut.  Dalam  kajian  ini  kesedaran  metakognitif  digunakan  bagi  merujuk  konstruk

               metakognitif yang diukur menggunakan borang soal selidik Inventori Kesedaran Metakognitif
               Pemahaman  Metanilai  yang  dibangunkan  oleh  penyelidik  dengan  menggunakan  Model

               Metakognitif  Schraw  dan  Dennison  (1994).    Model  metakognitif  beliau  ditunjukkan  dalam
               Rajah 1.











                 e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     12
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35