Page 31 - e Prosiding Serai 2021
P. 31

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


                                                   Kesedaran Metakognitif




                                                      Regulasi Kognitif


                                      Perancangan                            Penilaian

                                                                             Strategi
                                      Pemantauan                            Debugging


                                                      Strategi Pengurusan

                                                          Maklumat

                                Rajah 1: Model Metakognitif Schraw dan Dennison (1994)

                                                                    (Sumber: Schraw dan Dennison (1994)

                       Model  tersebut  menunjukkan  regulasi  kognitif,  subkomponennya  terdiri  daripada
               perancangan pemantauan, penilaian, strategi debugging dan strategi pengurusan maklumat.
               Berikut dijelaskan huraian terperinci komponen-komponen tersebut.


                        Huraian kelima-lima komponen regulasi menurut Schraw dan Dennison (1994) adalah
               seperti yang berikut:


                   1.  Perancangan  melibatkan  pemilihan  strategi  yang  sesuai  dan  pengagihan  sumber

                       yang mempengaruhi prestasi. Antaranya adalah dengan membuat ramalan sebelum
                       membaca,  membahagikan  masa,  atau  membuat  tumpuan  secara  selektif  sebelum
                       memulakan  tugasan.  Murid  yang  mahir  dan  berpengalaman  dikatakan  mempunyai

                       pengtahuan  tentang  kognitif  yang  lebih  dan  menggunakan  pengetahuan  tentang
                       kognitif  yang  lebih  dan  menggunakan  pengetahuan  tersebut  untuk  meregulasi

                       pembelajaran mereka sebelum menjalankan tugasan.

                   2.  Pemantauan pula merujuk kepada kesedaran secara terus tentang kefahaman dan

                       prestasi tugasan mereka. Kebolehan untuk menguji diri secara berkala ketika belajar
                       merupakan contoh yang baik.


                   3.  Penilaian pula merujuk kepada menilai produk dan proses regulasi pembelajaraan
                       seseorang. Contoh yang paling mudah adalah dengan menilai matlamat semula dan
                       kesimpulan yang dicapai atau dibuat.





                 e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                     13
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36