Page 334 - e Prosiding Serai 2021
P. 334
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (2015) dalam portal rasminya ada menyediakan
platform pendidikan berkonsepkan PSH untuk diketengahkan kepada masyarakat melalui
pembelajaran berbentuk formal, tidak formal, dan juga informal. Pembelajaran formal
merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh masa bagi orang
dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi berpengalaman luas untuk mengikuti
program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana Muda,
Sarjana ataupun Kedoktoran. Bentuk pembelajaran Tidak Formal pula merangkumi kursus
kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh enam bulan
secara sepenuh masa. Manakala kursus kemahiran informal atau hands-on yang singkat (2
hari - 2 minggu) berdasarkan bidang atau kerjaya, ditawarkan kepada orang awam yang ingin
belajar secara praktikal. Dengan mengambilkira pendekatan tersebut, PSH dilihat sebagai
satu konsep pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan IPG sebagai pusat hentian
yang lengkap bagi memenuhi tuntutan kehidupan komuniti bertunjangkan ilmu pengetahuan,
kemasyarakatan, peribadatan dan juga kemahiran.
Berikutnya, Fitri Rossenari. (2016) telah menyenaraikan beberapa ciri-ciri utama PSH,
antaranya; i. PSH seharusnya bersifat universal; terbuka untuk semua golongan; merangkumi
keseluruhan sistem pendidikan dan berlangsung sepanjang hayat atau seumur hidup;
bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan; terbuka untuk penambahbaikan bagi
kelompok individu yang mempunyai ruang masa, bermotivasi dan ingin merubah sikap melalui
pembelajaran. ii. Belajar untuk mendalami perkara umum atau profesionalisme, dan
merupakan kaedah alternatif kepada golongan yang tidak berpeluang untuk meneruskan
pembelajaran secara formal. Pendekatan pembelajaran dinamik disesuaikan dengan bahan
pembelajaran dan media mengikut perkembangan semasa. Kaedah belajar yang fleksibel dari
aspek penyediaan bahan, alat, teknik serta masa belajar. Proses pembelajaran tidak terikat
dengan masa, tempat dan juga kedudukan kerana kepentingan tertentu. Yufiza Mohd Yusof,
Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis dan Zamaruzaman Mohamad (2016) menyatakan
individu yang terlibat dengan PSH akan berusaha menyesuaikan diri dalam persekitarannya
dengan cara menambah pengetahuan, ketrampilan dan sikap yang diperlukan atau
melakukan perbahan dalam persekitarannya.
Seterusnya, Delors (2013) meletakkan empat ciri pendidikan dalam PSH, iaitu;
i. Belajar untuk tahu - menguasai alat pembelajaran dan bukannya pemerolehan
pengetahuan berstruktur.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 316

