Page 333 - e Prosiding Serai 2021
P. 333

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               OBJEKTIF KAJIAN

               Kajian ini bertujuan untuk:

                   1.  Mengenalpasti tahap Pengurusan  Pembelajaran Sepanjang Hayat di  IPGKDRI.
                   2.  Menganalisis  pola  kepemimpinan  Pengurusan  Pembelajaran  Sepanjang  Hayat  di

                       IPGKDRI.
                   3.  Mengenalpasti tahap komitmen Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.


               PERSOALAN KAJIAN

               Kajian ini dihasilkan bagi menjawab persoalan kajian berikut :
                   1.  Apakah tahap Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di  IPGKDRI.

                   2.  Apakah pola kepemimpinan Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.
                   3.  Sejauh manakah tahap komitmen pengurusan PSH di IPGKDRI.


               KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

               Pada awalnya, kemunculan idea PSH telah menggabungkan asas pengetahuan; kerjasama

               dalam pendidikan; dan latihan kemahiran. Justeru, dalam era tahun 90-an, masyarakat ketika
               itu  mulai  sedar  tentang  peri  pentingnya  wujud  satu  sistem  yang  dapat  menggabungkan
               pendidikan  dengan  latihan  dengan  menggunakan  konsep  PSH  (Rusitoru,  Kallioniemi,  &

               Taysum, 2020). Rușitoru (2017) mendefinisikan PSH (PSH) sebagai:
                       “ proses antara generasi iaitu pemerolehan pengetahuan, kemahiran, sikap, tingkah

                       laku dan pencapaian dikembangkan pada semua peringkat umur dan semua dimensi
                       kehidupan.  Usaha  ini  membolehkan  berlakunya  pembangunan  peribadi  dan
                       profesional setiap individu secara harmoni bagi memenuhi keperluan sosial semasa

                       dan  masa  depan.  Malah,  PSH  membolehkan  mereka  menguasai  nilai  asas
                       kemanusiaan dari segi intellektual, moral, profesional, sosial dan spiritual” (p. 230).
                       Para pembuat dasar dan penyelidik percaya bahawa konsep PSH dapat menangani isu

               ekonomi sesebuah negara yang mengalami masalah pengangguran yang teruk (Hager, 2011;
               Kim,  JuSeuk,  2016).  Tett,  Lyn  (2014)  pula  menjelaskan  konsep  PSH  ada  kaitan  dengan
               perubahan  dan  juga  perkembangan  kehidupan  masyarakat  dunia  bagi  meningkatkan

               penyertaan sosial dan meningkatkan daya saing ekonomi global. PSH juga dianggap sebagai
               satu  pelaburan  bagi  membantu  golongan  penganggur  mendapat  ilmu  dan  kemahiran

               bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. Justeru itu, PSH merupakan satu
               proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan,
               kemahiran  dan  kompetensi  sama  ada  secara  formal  atau  tidak  formal  berdasarkan

               pengalaman dan latihan (Kementerian pengajian Tinggi, 2015).



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                315
   328   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338