Page 329 - e Prosiding Serai 2021
P. 329

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kemampuan  menyelesaikan  masalah,  lontaran  pandangan  terhadap  masalah  kelompok
               (organisasi), kecerdasan  minda, kesediaan  menerima tanggungjawab, keterampilan  sosial

               dan kesedaran terhadap diri sendiri serta lingkungannya. Pandangan ini disokong oleh Yulk
               dalam Hersey dan Blanchard (1998), yang mana karakteristik pemimpin yang berjaya adalah
               terdiri  daripada  individu  yang  cerdas,  tampil  secara  konseptual,  kreatif,  diplomatik,  lancar

               dalam berbicara dan memiliki pengetahuan tentang tugas kelompok (organisasi).

                       Pendapat  daripada  Bennis  dalam  Hersy  dan  Blancard  (1998),  karakteristik

               keperibadian merujuk kepada individu yang berupaya menarik perhatian ahlinya dengan cara
               berkomunikasi (Management of Attention), berkemampuan dalam mencipta dan memberitahu

               tujuan yang jelas (Management of Meaning), boleh dipercayai dan konsisten (Management of
               Trust)  dan  yang  terakhir  kemampuan  mengendalikan  diri  dalam  batas  kekuatan  dan
               kelemahan (Management of Self).


                       Menurut  Rofishah,  et.  al., (2015), kepimpinan  berperanan  penting  dalam membina
               persefahaman, kepercayaan dan kerjasama yang erat sesama insan. Sehubungan itu Hailan

               (2010) berpandangan hubungan sesama insan lahir setelah tahap kepemimpinan seseorang
               berkembang,  iaitu  apabila  hubungan  dengan  orang  yang  dipimpin  dieratkan.  Oleh  yang

               demikian, teori  sifat (karakteristik) keperibadian  ini  perlu  diambil  sebagai  indikator kepada
               para guru pelatih dalam membina sifat kepemimpinan dalam diri mereka.



               KESIMPULAN

               Tuntasnya,  kajian  ini  menyimpulkan  berkenaan  tentang  dua  aspek  kepemimpinan  kendiri

               yang dinilai iaitu berkenaan pengurusan kendiri dan hubungan kemasyarakatan bersama ahli-
               ahli di bawah kepemimpinan. Oleh itu, kualiti kepemimpinan adalah berkait rapat dengan profil
               kepemimpinan guru pelatih itu sendiri. Sifat-sifat peribadi seseorang juga mempengaruhi gaya

               kepimpinannya dalam memimpin sesebuah organisasi. Kajian ini dilihat amat signifikan untuk
               membantu para pimpinan dalam kalangan guru pelatih untuk menghadapi sebarang cabaran

               dan tribulasi sepanjang memegang tampuk kepimpinan dalam kampus. Kajian ini diharapkan
               memberi manfaat kepada kehidupan guru pelatih secara keseluruhannya untuk kegunaan
               sebagai bakal pendidik yang efisien dan berkualiti.



               RUJUKAN

               Al Quranul Karim.

               Alwi Hasan, dkk. (2005). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Departemen  Pendidikan
                     Nasional Balai Pustaka.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                311
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334