Page 332 - e Prosiding Serai 2021
P. 332
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
adalah model Pembelajaran Sepanjang Hayat di Institut Pendidikan Guru diperlukan bagi
membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat dan memulihkan tahap pendidikan di
Malaysia yang dikatakan masih lemah. Justeru, kertas cadangan kajian ini dirangka bagi
membangunkan model PPSH di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengiktirafan IPG sebagai
Pusat Pendidikan guru dan masyarakat membolehkan IPG sebagai platform PPSH yang
berimpak ke arah kesejahteraan dan mobiliti komuniti.
LATAR BELAKANG
Dalam era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal insan
yang berilmu pengetahuan. Malaysia masih baru untuk menjadikan PPSH sebagai agenda
pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat,
German dan Australia. Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks
dunia global sekarang, modal insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara
ingin melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (Berita Harian, 14 Mei
2015). Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai
ilmu.
PPSH tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua
golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas. PSH
bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan masyarakat (Rusmin, 30
Januari 2017). Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang
dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan. Di alam pendidikan,
pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan kepada sistem nilai, disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang
sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. Di kalangan orang-orang dewasa
proses pembelajaran tidak terhenti selepas alam pengajian tinggi malah mesti ada
kesinambungan untuk terus belajar hinggá ke liang lahad.
Kini, IPG dilihat amat penting fungsinya dalam misi pembangunan modal insan. Malah,
IPG turut diiktiraf dalam memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan
kepada hampir semua golongan masyarakat dalam komuniti setempat (Berita Harian, 14 Mei
2015). Sebagai institusi pendidikan yang tertua dan pusat sosialisi dalam komuniti, IPG
perlulah lebih banyak menyumbang ke arah memantapkan pendidikan sepanjang hayat
masyarakat setempat. Di samping itu, IPG lebih hampir dengan masyarakat berbanding
institusi pendidikan yang lain yang bersifat nasional kerana ia bersifat setempat. Kedudukan
ini meletakkan IPG sebagai sebahagian daripada komuniti dan kerana itu pelaksanaan PSH
dalam komuniti setempat oleh IPG amat penting.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 314

